28 July 2013

:: Lukisan Alam ::


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat malam buat sahabatku semua,

:: Lukisan Alam ::

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
"Ya Allah, janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah SAW berpesan agar kita berserah dan pasrahkan hati serta diri kepada Ilahi.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya kita adalah yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu, ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabiinya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu perkara biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga."

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk "bersahabat" dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya, kita rasa tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya, akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah SWT. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, "aku mengharap yang baik, Allah akan memberi yang terbaik."

Jika yang diharapkan terjadi, maka bersyukurlah. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka, maka bersabarlah. Belum tentu itu suatu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku, namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih kita, maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, 
mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? 
Yakinlah, kita hanya hamba Allah dan pastinya.. 
Allah tidak akan mengecewakan kita !!

RESEPI JUS UNTUK PESAKIT GHOUT


RESEPI JUS UNTUK PESAKIT GHOUT
Kredit to Emorra Slim and White Series

1. JUS Tembikai
Bahan
...250 gram buah tembikai
Cara Penyediaan
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar.
Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.

2. JUS Oren
Bahan
100 gram buah oren
Cara Penyediaan
Potong buah oren, buang bijinya dan kemudian kisar sehingga hancur.
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.

3. JUS Mangga
Bahan-Bahan
50 gram buah mangga dan 50 mililiter air.
Cara Penyediaan
Kupas mangga, buang bijinya dan potong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.
Minum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam selepas makan).

4. JUS Pisang Embun
Bahan
125 – 130 gram pisang embun
Cara Penyediaan
Buang kulit pisang embun dan kisar isinya.
Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.

5. JUS Epal
Bahan-Bahan
120 gram epal dan 50 mililiterl air.
Cara Penyediaan
Bersihkan buah epal dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air, sedikit demi sedikit.
Minum sehari sekali selepas makan malam.

6. JUS Jambu Batu
Bahan-Bahan
100 gram jambu batu dan 50 mililiter air.
Cara Penyediaan
Bersihkan buah jambu batu dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari, atau malam.

7. JUS Betik
Bahan
130 gram buah betik
Cara Penyediaan
Kupas buah betik, buang bijinya, potong dadu dan kisar.
Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya. ALLAHUAKBAR.


Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut. 

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya. ALLAHUAKBAR.

Kalam Ulama


Pendakwah terkemuka diBumi Malaysia, Kerajaan Malaysia perlu memberi penghargaan yang luar biasa kepada mereka, kerana mereka amat berusaha keras untuk membaiki ummat.. antara kalam kalam mereka... 

Kata Sheikh Nuruddin.. "Menang kalah, tidak luput dari takdir Allah. Sakit atau sihat tidak berganjak dari takdir Allah, Apa yg berlaku mesti ada hikmahnya! Kita punya prinsip, Allah yg Maha Kuasai atas segala sesuatau..Apa saja kehendak Allah, itulah yg terbaik bagi orang yang beriman dgn takdir Allah.. Org yg bersyukur dan bersabar akn berkumpul disyurga."

Kata Ustaz Azhar Idrus... "2 kompas terbaik bagi mendapat jalan kemenangan adalah Al Quran dan Sunnah, maka bila para ulama tafsir al quran dan Hadith, maka jadilah kitab tafsir, jadilah kitab-Kitab hadith, jadilah kitab-kitab fekah, jadilah syarah kitab kitab Hadith, maka ulama lah yang menunjukkan jalan kemenangan, pendek kata, duduklah majlis ilmu bersama Ulama' untuk dapat jalan kemenangan.."

Kata Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.. " Allah Maha mengetahui walaupun hanya sehelai daun yang jatuh dari pokok yang berada jauh ditengah tengah hutan, semuanya akan dapat diketahui Allah, Hadirlah ke suatu tempat bilamana kamu mengetahui mereka yang dekat dengan Allah swt hadir ke situ, kehadiran Para Ulama' umpama hujan yg menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian"

Kata Ustaz Don Daniyal... " Majlis ilmu agama adalah taman-taman Syurga, bila ditanya nak masuk Syurga atau Neraka? Semua kata nak Syurga tapi bila orang ajak mai Majlis pergi majlis ilmu, mula rasa malas nak pergi, Belajarlah adab kepada guru di masjid atau di surau, di mana penuntut ilmu duduk di bawah dan guru duduk di atas"

27 July 2013

"Bukankah anjing itu kepunyaan tuannya? Kenapa tidak engkau memanggil si tuan rumah untuk mengusir anjingnya itu...."


Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta tawsiyah (pesanan) dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu & syaitan.

Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan kepadaku apa yang akan engkau perbuat dengan anjing itu pada ketika itu?"

Jawab si murid: "Akan aku ambil batu dan lempar ke arah anjing itu agar aku mengusirnya". 

Tanya gurunya lagi: "Tapi jika setelah itu, dia datang lagi di hadapan pintu itu?" "Akan aku lempar lagi dengan batu yang kedua" jawabnya. Dan setiap kali gurunya bertanya soalan itu, dia memberikan jawapan yang sama. 

Maka sang guru pun berkata: "Kalau begitu, engkau akan menghabiskan masa dengan melempar batu dan anjing itu akan tetap kembali lagi. Engkau akan tertinggal jamuan yang engkau diundang kepadanya oleh si tuan rumah." Dengan kehairanan, muridnya pun bertanya: "Kalau begitu, bagaimana yang harus aku lakukan pada menurutmu, wahai guruku?"

Dengan tenang si guru memberikan suatu penyelesaian yang tidak terfikir oleh si murid tadi: "Bukankah anjing itu kepunyaan tuannya? Kenapa tidak engkau memanggil si tuan rumah untuk mengusir anjingnya itu. Si anjing pasti akan segera patuh kepada perintah tuannya tanpa perlu engkau bersusah payah mengusirnya dengan daya usahamu". 

Si murid termenung sejenak memikirkan jawapan gurunya. Gurunya menerangkan: "Begitulah hendaknya engkau ketika berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Nafsu & syaitan itu adalah ibarat anjing tadi. Ketika engkau sudah diundang untuk bertaubat kepada Allah, engkau akan mendapatkan anjing syaitan dan nafsumu di depan pintu rahmat Tuhanmu. Janganlah kau menghabiskan segenap tenaga untuk mengusir godaan-godaan itu. Mohonlah kepada Allah Yang Maha Menciptakan syaitan dan nafsumu itu agar diusir mereka, dan engkau akan dengan mudah dapat memasuki ke pintu rahmat dan keampunan Allah dengan pertolongan Allah سبحانه وتعالى. Itulah jawapanku bagi soalanmu tadi."

Terima kasih, Guru! 

Cerita di atas ini dipetik dari pengajian ringkasan Kitab Ihya' yang disampaikan oleh Tuan Guru kami, Al-Habib Umar Bin Hafiz (semoga kami mendapat manfaat dengan ilmunya) 

Benarlah ungkapan para Ulama: 
لولا المربي ما عرفت ربي
Lau-lal mu-rab-bi ma 'a-raf-tu Rab-bi

Kalau tidak kerana guru yang mendidikku, nescaya tidak akan aku kenal Tuhanku! 

Selamat beramal pada malam Pengampunan Maha Pengampun!
 

Renungan...


Renungan...

Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam...tetapi kemudian ALLAH menguji lagi...kita kecewa dan harapan seolah-olah sudah hilang...

JANGAN SEDIH...

Selagi kita masih bernafas hari itu selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan...yang penting, jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan Rahmat ALLAH Ta'ala....

Doa Elak dari Cabul dan Rogol


Doa Elak dari Cabul dan Rogol

Doa ini dibaca oleh Sarah, isteri kepada Nabi Ibrahim apabila raja Mesir yang zalim datang mendekatinya untuk melakukan perkara yang keji. Sarah dikatakan seorang wanita yang sangat cantik dan raja Mesir pula seorang yang pantang melihat perempuan “dahi licin”. Raja itu akan mendapatkan mana-mana perempuan yang cantik dan sekiranya perempuan itu sudah bersuami, suami nya pula akan di bunuh.

Pada satu hari, raja Mesir mendapatkan Sarah dan Nabi Ibrahim. Terus raja bertanya kepada Nabi Ibrahim, siapakah Sarah. Nabi Ibrahim menjawab ” Dia saudara perempuanku” dan nabi Ibrahim berbisik kepada Sarah supaya mengatakan perkara yang sama kerana itulah yang terbaik dinyatakan pada masa itu.

Jadi raja ni apa lagi, dia mula nak buat jahat dan datang mendekati Sarah. Sarah berserah segalanya kepada Allah, dan membaca doa tersebut. Dengan izin Allah, raja tadi kaku, tidak dapat berbuat apa-apa. Sarah mula bimbang sekiranya raja Mesir itu mati kerana tentu sekali semua akan menuduh Sarah yang menyebabkan kematian raja. Jadi Sarah berdoa kepada Allah supaya pulihkan raja seperti sedia kala.

Namun apabila raja pulih, dia kembali mahu melakukan perbuatan keji kepada Sarah dan Sarah terus membaca doa. Perkara yang sama berlaku berulang-ulang sehinggalah raja Mesir tadi give up. Sarah kemudiannya dihadiahkan seorang hamba iaitu Hajar dan disuruh pulang.

Doa ini dari Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih

Sebagai seorang muslimah, kita juga diseru membaca doa ini terutamanya apabila keluar rumah bagi memelihara diri dari dicabul dan dirogol. Nauzubillah, begitu banyak kes-kes cabul dan rogol berlaku pada masa ini tidak kira samada mangsa itu masih budak, remaja, atau pon sudah berumur dan tempat berlakunya kes-kes sebegini juga sukar dijangkakan.

Namun mesti diingat, doa ini perlu selari dengan usaha kita untuk memelihara kehormatan diri. Pemakaian kita mesti menepati syarak dan pergaulan kita antara bukan mahram juga perlu dijaga. Yang paling utama, diri kita sendiri mestilah beriman kepada Allah dan RasulNya.

InshaAllah, marilah kita sentiasa memelihara kehormatan diri kita dan berdoa kepada Allah kerana Allah lah selayaknya dijadikan tempat bergantung.

Sumber doa: Zaharuddin.net

Paling tajam di dunia ini ialah LIDAH (Imam Al Ghazali)


Paling tajam di dunia ini ialah LIDAH (Imam Al Ghazali)

Wahai anakku,
Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, apabila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man,
* NaDz

17 July 2013

Tazkirah Subuh : LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT


Tazkirah Subuh : LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....

Jom subuh dulu sahabat..

SHALAWAT MENJADIKAN BERCAHAYA KETIKA MELEWATI SHIRAT


SHALAWAT MENJADIKAN BERCAHAYA KETIKA MELEWATI SHIRAT 

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh

Diantara tanda dari orang yang banyak membaca shalawat kepada Nabi saw adalah wajahnya bercahaya ketika dirinya berkumpul dengan semua makhluq di padang Makhshar. Juga bercahaya ketika saat melewati Shirat,yaitu jembatan penyeberangan yang ada diatas neraka sebagai jalan menuju surge. 

Padahal waktu itu,banyak orang yang melewati shirat mukanya dan tubuhnya menjadi hitam pekat kerena uap dan bara api neraka. Hal ini tdak terjadi pada para Nabi,orang Shalih,termasuk orang yang banyak membaca Sholawat,justru cahaya mereka akan bersinar saat melewati shirat.

Bercahayanya orang yang banyak membaca sholawat ini dikarenakan bias dari keistimewaan dan kemuliaan shalawatitu sendiri.belum lagi di akherat nanti dia akan mendapat syafa’atlangsung dari Nabi Muhammad saw.

Rasulullah saw bersabda : “Orang yang membaca shalawat untukku akan bercahaya ketika melintas diatas shirat(jembatan yang ada diatas neraka). Dan barangsiapa termasuk diantara mereka yang bercahaya ketika melintas diatas shirat,dia bukan termasuk penghuni neraka”.(Durratun Nashihin hal :217)

Rasulullah saw bersabda : “Shalawat kepadaku akan jadi nur (cahaya) ketika melintasi shirath. Barangsiapa membaca shalawat kepadaku pada hari Jum’ah 80 kali,maka diampuni dosa-dosanya selama 80 tahun”.(Al-Jami’u Ash-Shaghir hal :191)

Bercahayanya wajah adalah sebagai tanda bahwa dirinya adalah calon penghuni surga,yang ringan hisabnya dan selamat saat melewati shirath.orang yang seperti ini kebahagiannya sudah terpancar dari kemilauan sinar wajahnya. Bahkan cahaya yang menyelimuti dirinya itu jika dibagi untuk menerangi seluruh makhluq yang ada dialam ini akan mencukupi.sebagaimana penjelasan hadist dibawah ini.

Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa bershalawat untukku 100 kali pada hari Jum’ah, maka ia akan datang di hari kiyamah disertai cahaya,yang sekiranya cahaya itu dibagikan diantara makhluq-makhluq seluruhnya,niscaya kebagian semua”.(Durratun Nashihin hal :251)

Itulah diantara kemulian orang yang banyak membaca shalawat kepada Nabinya,sebagai wujud kecintaannya kepada beliau,yang menjadi junjungan para Nabi dan Rasul,serta pemimpin seluruh makhluq yang ada di ala mini sampai di akhirat.

04 July 2013

Begedil Ayam

share dari link fb ~ Buku Resepi


Begedil Ayam 
Oleh:Anie Ezany
cc : www.facebook.com/bukuresepi

bhan2:
~1kg kentang(d goreng smpai empuk n d lenyek)
~2 ketul dada ayam(d rebus n d siat2)
~3 suda bsar daun sup(d ptong halus)
~4 sudu bsar bwang greng
~1 sudu kcil lada hitam(d tumbuk halus)
~1 sudu kcil lada sulah(d tumbuk)
~putih telur tuk celup begedil
~serbuk megie ckup rasa(secukup nya)
***klo xde megie ckup rasa leh ganti ngan garam n penambah perasa

cara2:
--cmpur kntang yg d lenyek dgn isi ayam...
--cmpur smua bhan d atas kecuali putih telo
--cmpur smua bhan smpai smua mesra brcmpur
--bleh la d bentuk ikut suka.
--dh siap pnas kn myak n celup begedil pd telo putih n greng kekuningan
--siap d mkn brsame soto or mkn begitu sahaja...

**leh ganti aym pd daging