13 April 2013

Macaroni goreng




***Sariah Su 

Macaroni goreng
bahan2 : 500 gram makaroni 
1 bungkus daging cincang (sy guna jenama ramli burger)
2 senduk cili kisar (cili kering + sedikit bawang merah dan bawang putih)
7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
5 ulas bawang putih dimayang
1 tin cendawan butang dihiris cantik
2 batang carrot dipotong dadu
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan
Cara-cara

Rebus makaroni selama lebih kurang 4 minit. Sewaktu merebus makaroni, didihkan air terlebih dahulu. Kemudian, masukkan makaroni. Setelah 2 minit direbus masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau apa-apa minyak masak ke dalam air rebusan tadi. Setelah empuk, toskan. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan berbau wangi. Kemudian, masukkan cili kisar. setelah agak garing, masukkan daging kisar tadi. Masukkan sedikit air supaya daging empuk. Kemudian, masukkan cili sos dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar lagi. Masukkan cendawan butang, dan carrot. Last sekali masukkan makaroni.

No comments:

Post a Comment