13 April 2013

BANYAK BERSUJUD JIKA MAHU MENJADI TEMAN RASULULLAH SAW.


share dari link fb ~Mazura Ali


BANYAK BERSUJUD JIKA MAHU MENJADI TEMAN RASULULLAH SAW.
BismillahrRahmaanirRahiim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Sahabat-sahabatku Fillah yang dikasihi Allah,
Dikisahkan tentang kesungguhan seorang pelayan nabi Muhammad bernama Abu Firas bin Ka'ab al-Islami...sebagai pelayan Nabi SAW,
Pekerjaan nya adalah menyediakan semua keperluan Nabi SAW termasuk keperluan berwudhuk..Firas melakukan semua tugasannya dengan sabar dan ikhlas..

Pada suatu hari,Nabi SAW memanggil Firas dan berkata :
"Wahai Firas,mintalah sesuatu daripadaku..!"
Firas terdiam sejenak dan berkata "Wahai Rasulullah,aku mahu menjadi temanmu di Syurga kelak.."

kemudian baginda Nabi SAW bertanya lagi : "Adakah kamu tidak mahu meminta perkara yang lain Wahai Firas..?"
dan Firas tetap dengan pilihannya dan berkata :"Ya! hanya itu ya Rasul..!"

Mendengar kesungguhannya itu,Nabi SAW hati yang lapang berkata : “Bantulah aku dalam mengendalikan nafsumu dengan banyak bersujud… banyakkan bersujud Wahai Firas".

Sahabat,
Dari kisah ini, jelaslah bahawa sesiapa sahaja dari kalangan kita berpeluang menjadi peneman Rasulullah SAW ketika di Syurga. Tapi, dengan satu syarat iaitu, banyakkanlah bersujud dengan mendirikan solat fardhu, solat sunat malam dan mengikut segala suruhan Allah SWT. Hanya dengan cara itu, maka peluang itu terbuka luas.

Bukanlah darjat mahupun pangkat yang menentukan kelayakan sesorang untuk berteman dengan Rasulullah SAW ketika di Syurga kelak. Sebaliknya hanya taqwa yang mengukur sejauh manakah layaknya seseorang itu berdamping dengan Rasulullah SAW.

Tips yang diberikan oleh Rasulullah SAW cukup mudah. Mari kita tanyakan pada hati dan Iman. Andai ada kesungguhan ke arah itu, maka tiada alasan untuk kita tidak melakukannya. Justeru, marilah kita berusaha untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT : “ Semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertawqwa di antara kamu”. (Qs Hujurat ayat : 13)

Seperkara lagi cara yang mudah untuk masuk Syurga adalah sebagaimana yang Rasulullah SAW berpesan : “Berzikir kepada Allah adalah amalan yang baik dan suci di sisi Tuhan. Ia mampu meningkatkan darjat manusia lebih daripada memberi sedekah emas dan perak, bahkan ia lebih baik daripada bertempur dengan musuh”. (H.R. Muslim).

♥ YA ALLAH, TERIMALAH AMAL KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI….AAMIIN YA RABBAL ‘AALAMIIN ♥

Wassalam

No comments:

Post a Comment