12 April 2013

AKU RASA HEBAT BILA AIBKAN ORANG! (ADAKAH KITA BETUL-BETUL SEMPURNA UNTUK MENGAIBKAN ORANG LAIN? JANGAN SAMPAI NANTI SATU HARI KITA AKAN DIAIBKAN DEPAN ORANG RAMAI.)

share dari link fb ~Islam Agama Ku



AKU RASA HEBAT BILA AIBKAN ORANG!
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Ada lagi kesempatan untuk membuat entry pada hari ini, ada lagi kesempatan untuk menikmati nikmat Allah pada hari ini. Masih lagi bernafas, masih lagi mampu berjalan, masih lagi mampu berlari dan buat macam-macam perkara. Tak rasa bersyukur dengan apa yang Allah beri? Allah tak pernah lupa kita, tapi kita sering lupa dia. Betul?

Jadi isu hari ini adalah tentang membuka aib orang lain.

Kadang-kadang kita memang kena mengingati antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi sesama islam. Tapi ada cara yang tidak berlebih-lebihan untuk mengingati sesama lain agar tidak sampai menjatuhkan maruah orang lain. 'AIB' itu sebenarnya ialah mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan seseorang. Kita tidak boleh mendedahkan keburukan seseorang itu. Ia akan lebih menunjukkan kelemahan dia kepada orang ramai.

Sesuatu perkara itu kalau boleh kita jangan buat terburu-buru, kalau boleh siasat dulu. Contohnya macam kalau jiran sebelah rumah ada sekumpulan gadis tinggal didalam. Then tiba-tiba 1 hari ada seorang perempuan ni bawa balik teman lelaki dia. Kita mungkin akan terus telefon Jabatan Agama, betul tak? Tau-tau dorang ni adalah suami,isteri. Dan memang mereka berdua saja didalam rumah waktu tu. Ini dah dikira membuka aib orang. Jadi kena siasat dulu. Jangan terburu-buru.

Dan jugak elakkan dari membuka aib sendiri. Contohnya berbangga dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Suka menceritakan pada orang lain, bukan sebagai iktibar tapi untuk merasa bangga diri ini pernah melakukan dosa.!

Membuka aib dan mengumpat ni adalah perkara yang sama. Sebab bila korang mengumpat, secara tak langsung korang akan menceritakan tentang keburukan orang lain. Jadi disitu telah mengaibkan seseorang. Tak kisah perkara yang korang cakap samada ada betul atau tidak ia tetap TIDAK BOLEH! TIDAK BOLEH!

Sebab perkara yang kita cakapkan sebenarnya TIDAK BETUL jatuh jadi FITNAH!. Dan kalau perkara yang kita cakap itu adalah BETUL akan jadi jadi MENGUMPAT atau GHIBAH.

Tapi ada beberapa keadaan yang dimana kita boleh membuka aib. Antaranya :

PERTAMA - orang yang dizalimi dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.

KEDUA - untuk meminta fatwa mengenai hukum-hakam, dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

KETIGA - untuk memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan, bolehlah dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.

KEEMPAT - menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain.

Tapi ingat, tak boleh berlebih-lebihan. Berpada-pada orang kata. Tak perlu sampai kita nak meyebut nama penuh, berbin kan apa dan berbinti kan apa. Sebab semua itu akan menjatuhkan maruah orang lain. Nampak tak? NAMPAK TAK?

Nasihat saya, kalau sesuatu perkara tu korang nak jadikan iktibar pada orang lain. Boleh menceritakan dalam keadaan lain, atau korang olah lah ayat tuh supaya pembaca boleh tafsir sendiri siapa perlakunya. Janganlah terang-terangan.

Beringat lah kawan-kawan semua. Kita sama-sama belajar dan ambil iktibar. Jangan sampai terburu-buru buat sesuatu. Semua manusia di dunia ini pernah melakukan kesilapan, tak kiralah samada ada besar atau kecil. Semua tak sempurna. Janganlah sesuatu kesilapan itu, kita terlalu cepat menghukum orang. Lihatlah sekeliling anda, muhasabah diri. 

ADAKAH KITA BETUL-BETUL SEMPURNA UNTUK MENGAIBKAN ORANG LAIN? JANGAN SAMPAI NANTI SATU HARI KITA AKAN DIAIBKAN DEPAN ORANG RAMAI.

Sama-samalah kita beringat yea. Korang yang baca boleh tafsir sendiri apa yang saya katakan ni. Sendiri fikir dan sendiri renung diri sendiri. Dan ingat, HARI INI APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK ALLAH?

No comments:

Post a Comment