16 February 2015

Untaian Nasihat buat diri

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Untaian Nasihat buat diri:

Ada sesuatu yang memang tiada daya kita memikirkannya.
Diam, berkata yang baik dan hanyalah doa dan berserah
kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Adil.

Apa-apa sahaja tentang tindakanmu, yang menenangkan
JIWA mu dan menambahkan IMAN dirimu.

[FB :@Peringatan]

=========================
Belajarlah 'melepaskan' dengan menyerah kepada Allah.
Jangan cuba mengawal segalanya, kerana kita hanya hamba.
Setelah berusaha, jangan ikat hati mu padanya. Ikat hatimu
hanya pada Allah.

[Pahrol Mohamad Juoi]

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

INFO: KENALI CAMPAK

 
 

INFO: KENALI CAMPAK
Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.
INFO CAMPAK
Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
BAGAIMANA JANGKITAN AWAL
Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.
BERTINDAK SEGERA
Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.
Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.
Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
Bila Demam Kebah?
Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.
Adakah Ada Komplikasi Sampingan?
Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan
Kenapa perlu rawatan segera?
*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.
*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

09 February 2015

AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

share dari link fb ~ Ustaz Nasir

AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: 

Rasulullah s.a.w bersabda; 

"Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, 

dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. 

Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. 

Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. 

Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "Laa ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga".

Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh Laa ilaha illallah (apa gunanya Laa ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? 

Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. 

Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. 

Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

Hadith Riwayat Ibnu Majah

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi Cheese Cake Marble

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Resepi Cheese Cake Marble

Bahan-Bahan :
6 keping keju - ( jenama ikut pilihan masing2)
1/2 cawan susu cair*
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek - jenama NONA
2 sudu besar koko
3 biji telur
sedikit esen vanila

Cara-cara Menyediakan:
1. Panaskan bahan bertanda sampai cheese cair dan kacau supaya x bergentel.
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur biarkan sejuk
3. Pukul telur,majerin dan esen vanila lalu masukkan dalam chesse tadi dan kacau hingga sebati
4. Masukkan tepung kek sedikit2 dan kacau secara kaup balik
5. Bahagikan kepada 2 bahagian…satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal
6. Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan alaskan kertas secara selang seli dan lorekkan dengan lidi
7. Kukus hingga masak

Selamat mencuba 
grin emoticon

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

UBAT/ PENAWAR KANSER PAYU DARA DAN DOANYA.

share dari link fb ~Ustazah Wan Habsah added 5 new photos.
UBAT/ PENAWAR KANSER PAYU DARA DAN DOANYA.
Diambil dari Ustaz Sarhan. Dalam Rancangan di TV9 hari ini.
1. Penawar diambil dari daun semalu. Kenalkan daun semalu. Kalau kecik- kecik dulu kita main dan jumpa kita sentuh. Daun ni pun tertutup. Kata Ustaz Sarhan sifat daun ini boleh mengecutkan seperti jerawat, bengkak dll.
2. Akut-akut. Atau sarang semut orang panggil. Biasa ada kita nampak kat rumah kayu dok kat atas di dinding. Ada macam tanah kalau kita lihat.
3. Air zam- zam
Cara nak buat Ubat Kanser/ Penawar ni
1. Ambil 7 tangkai/ bukan 7 helai daun ya. Di tumbuk bersama akut-akut dalam 3 jari.
2. Masukkan air zam- zam satu tutup botol.
3. Baca Surah Anbiya' ayat 83. Doa Nabi Ayub yang ditimpa sakit 40 tahun.
4. Baca Surah Al- Israk ayat 82.
Bagi kepada pesakit Kanser Payu Dara dan sapu/ tempek pada payu dara yang sakit. Suruh pesakit baca Doa Syifa'.
Buatlah pagi petang, siang malam.
Sesungguhnya Allah Jua Maha Penyembuh. Kita hanya berusaha sahaja.
Moga bermanfaat perkongsian ini. SHARE kan kepada sesiapa sahaja.
NOTA: Ayat tersebut ada pada gambar, klik next.. Seterusnya akan keluar ayat yang dimaksudkan.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Panduan Membuat Roti Hjh Noraini

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Panduan Membuat Roti
Hjh Noraini

Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asasnya.Bahan asas yang digunakan adalah yis(yis segera lebih mudah), tepung roti, tepung serbaguna, serbuk penaik, bread improver, bread softener dan lain-lain bahan tambahan. Roti komersil lebih menggunakan tepung roti berbanding tepung serbaguna. 

Tepung roti mengandungi kandungan protin tinggi sehingga 14 % dan ini akan menghasilkan roti yang lebih kenyal dan elastik. Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah. 

Pada pendapat saya perbezaan peralatan seperti mixer dan oven, kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan perbezaan tersebut. Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka, kenalah mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.

Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti-roti yang enak stail home-made dengan peralatan yang seadanya. Jika tiada mesin besar, boleh uli dengan tangan atau guna food processor.Oven setakad oven Europa tu bolehlah.Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini.

Proses Membuat Roti

1. Mencampurkan bahan-bahan
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan diatas meja. Mencampurkan bahan boleh dilakukan secara manual (pakai tangan) , food processor atau mixer. Satukan bahan-bahan kering seperti yis, tepung , gula,garam, serbuk penaik, bread improver dan bread softener.Gaul rata adunan tersebut. Kemudian baru masukkan majerin/shortening dan bahan-bahan cecair seperti telur, susu dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar .Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli. Jika gunakan mesin, tidak perlu dipindahkan.

2. Menguli
Adunan beryis seperti pau, donat atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada roti. Menguli akan menjadikan doh lembut, licin, kenyal dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang. Menguli boleh dilakukan dengan tangan, atau guna mesin. Jika diuli dengan tangan mengambil masa 15 - 20 minit. Jika guna mesin, masanya lebih singkat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai. Jika doh tidak cukup diuli, roti akan jadi keras dan liat.

3. Mengembang kali pertama (Proving)
Jika di bakeri, mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh. Tetapi jika dirumah, letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau mana saja yang bersesuaian. Bulatkan doh yang telah diuli tadi, dan masukkan dalam bekas besar(besen). Tutup dengan plastik supaya tidak kering. Biarkan doh naik 2 - 3 kali ganda dari saiz asal dalam lebih kurang 45 minit.

4. Membuang gelembung angin
Yis yang hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis. Uli semula doh itu ke bentuk asalnya.Di peringkat ini doh menjadi lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda.

5. Mengembang kali kedua (2nd proving)
Setelah doh dibentuk, susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal selama lebih kurang 20 minit.

6. Gris
Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur ataupun dengan mentega cair. Anda boleh hiaskan dengan keju parut, bijan atau apa saja yang sesuai.

7. Membakar
Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 200 darjah celcius selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti. Roti yang cukup masak akan kecut sedikit dan ringan.

8. Menyimpan
Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari, setelah roti sejuk bungkus dengan plastik atau simpan bekas kedap udara. Jika terdedah, ia akan cepat kering.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Brownies Cheese Versi Kukus

share dari link fb ~Rozita Che Wan & Zain Saidin

Brownies Cheese Versi Kukus

Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake...

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/