10 December 2014

RENDANG AYAM OPAH

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

 RENDANG AYAM OPAH 
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

09 December 2014

Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan!

share dari link fb ~Kelas Bakeri

Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan!

.Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

.
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

+ Kukus kek selama 1 jam.

+ Kukus kek selama 1 jam.

.Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Dipersilakan share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Selamat mencuba 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Doa untuk berhenti merokok buat perokok2 tegar

share dari link fb ~Anugerah

Anda berhajat untuk berhenti merokok? Amalkan doa untuk berhenti merokok seperti berikut:

1. Baca Surah al-Fatihah
2. Selawat Nabi sebanyak 100 kali
3. Ayat Kursi 100 kali
4. Surah al-Ikhlas 100 kali
5. Baca Surah al-Maidah ayat 90-92 sebanyak 70 kali

Insya-Allah, masalah tersebut boleh dihentikan dengan usaha dan istiqamah.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi Apam Comel Berinti

share dari link fb ~Kelas Bakeri

Resepi Apam Comel Berinti 

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara Penyediaannya:
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

Jom share resepi ini  
* Sila komen terlebih dahulu sebelum share. Kerjasama daripada anda amat kami hargai

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

01 December 2014

Kentang bakar berinti

 SHARE DARI LINK FB ~Datin Gweng added 8 new photos.
Kentang bakar berinti
Bahan2
A..Ubi kentang 4 biji (cuci kulit bersih2)
Bawang putih 1 ulas + lada hitam 1 sudu kecil (tumbuk)
Bawang besar 1 biji potong dadu
Daun sadri+daun bawang
Serbuk lada hitam
Daging kisar ( dalam 6 sudu)
Cheese..( mozzarella + parmesan)
Garam
Gula sikit.
A.
1.Goreng ubi kentang separuh masak.(nak bakar pun boleh)
2.Belah dua.
3.korek isi kentang.
B.
1.tumis bawang besar + sedikit garam.
2.letak daging + lada hitam + bawang putih
3.letak serbuk lada hitam.gula sikit.
4.campur isi kentang.
5.tutup api.letak daun sadri + daun bawang.
Letak bahan B dalam A.
Tabur cheese.bakar
Sedappp...makan masa hujan2 ni..sedappp laaa...esok nak buat lagi..lusa nak buat lagi..orang datang umah nak hidang ni...suka suka suka
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

KEPADA APA HATI PATUT TERPESONA

share dari link fb ~Ustaz Iqbal Zain

KEPADA APA HATI PATUT TERPESONA

al-Habib Omar hafizhahullah berkata;

Kita perlu menjelaskan kepada mereka yang berhampiran dengan kita mengenai kaedah-kaedah dalam terpesona dan mengagumi banyak perkara, diantara perkara-perkara ini ialah rasa kagum dan terpesona kepada perkara – perkara kemewahan dan zahir sesuatu perkara itu atau yang dinamakan kadang-kadang sebagai kecanggihan, perkara ini kadang-kadang punya tempat atau kedudukan di dalam hati lantas tercetus rasa kagum dengannya, maka jadilah perkara itu punca kelewatan atau halangan kepada kita di dalam berdakwah.

Sebagai contoh : rasa kagum kerana dia ini memegang sesuatu sijil pelajaran tinggi atau orang ini ada hubungan dengan sesuatu negara atau ada hubungan dengan sesuatu pihak atau dia itu dari negara berkenaan, perkara-perkara sebegini bukanlah tempat untuk diagungkan, pandangan syariat kita keagungan adalah dengan bertaqwa kepada Allah, barangsiapa yang bertaqwa dialah yang mulia. (Maka) wajib kita pasangkan perkara ini betul-betul pada diri kita dan sebarkannya kepada mereka yang dekat dengan kita.

Kemudian berkata Habib : " Oleh itu janganlah kita merasa kagum dan terpesona dengan gambaran-gambaran dan bentuk-bentuk zahir sebegini. Namun dari segi yang lain, perkara-perkara ini tidaklah pula menghalang untuk digunakan dengan apa yang mereka kagumi itu sekali-sekala, demi untuk menarik mereka kepada kebaikan.

Ianya bukan penghalang tetapi untuk diri kamu dan orang-orang disekelilingmu, bangunkanlah kaedah ini dan yang lebih tinggi dari itu ialah taqwa kepada Allah." (supaya kemodenan dan lain-lain digunakan atas dasar taqwa )

Kemudian selepas itu Habib berkata: "Kerana itu Nabi Muhammad SAW menerangkan tentang perkara ini sehingga baginda bersabda dalam sebuah Hadis : "Sesungguhnya kamu diberi kemenangan dan rezeki itu disebabkan orang-orang yang lemah diantara kamu ".

Ini secara zahirnya betul-betul terbalik! Demi Allah, cuba datangkan kepadaku pendapat-pendapat yang seperti dalam hadis ini pada zaman ini ! Datangkan kepadaku pemikiran-pemikiran mereka yang mengatakan: "Apa yang kita mahu dari orang-orang yang lemah?! Kami ada pemuda-pemuda yang kuat-kuat , terlatih , lepasan (dari sana dan sini) mereka miliki itu, ini, berpengalaman begitu dan begini……."

Nabi Muhammad SAW bersabda : '(Sesunguhnya kamu di beri kemenangan dan rezeki itu kerana orang-orang yang lemah (diantara kamu). Maka Nabi SAW telah mencungkil keluar perasaan kagum seperti ini dari para sahabat , dan Al Quran mendidik mereka sehingga Allah katakan kepada mereka (waktu ketika dihadirkan para Malaikat bersama mereka (perang Badar ) supaya jangan merasa kagum... bacalah firman yang Maha Tinggi ini : "Dan Allah tidak menjadikan bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira (kemenangan) bagi kamu,dan agar tenteram hati-hati kamu kerananya. Dan tidaklah sesuatu kemenangan itu kecuali ( datangnya ) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Al Imran: 126) .

Ini supaya jangan ada yang berkata " Kamilah ini atau bersama kami itu!" Hendaklah kamu sentiasa bersamaNYA kerana inilah hakikatnya (Dan tidaklah sesuatu kemenangan itu kecuali (datangnya ) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ).

Taujih al-Nabih : 211 – 214.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/