02 August 2012

Jauhkan diri dari sifat RIAK.

  Berkata Habib Naqjamudin bin Othman Al-Khireed.

"orang yang ingin melakukan perkara BAIK,kemudian di berkata dalam dirinya "aku takutlah orang kata aku riak bila aku buat benda baik2 nih" maka itulah RIAK.

"apabila di ajak seseorang ke MASJID,maka katanya:malaz lah nak me masjid,takut nnt orang kata RIAK" maka sebenarnya itulah RIAK

Adakah kita Tergolong dalam Golongan RIAK tapi kita masih X sedar yang kita sedang RIAK??

perhatikan diri kita,,apakah kita malu melakukan perubahan?

(belum buat perkara Baik,tapi dah khuatir akan rasa RIAK).

sharing is caring

♥ ♥ ♥

Solat dan Puasa (Kata-kata renungan)

Orang Yang SOLAT Pasti Akan BERPUASA...
Tetapi, Orang Yang BERPUASA, Belum Tentu Akan SOLAT...

P/s : Pasanglah AZAM Untuk RAMADHAN Kali Ini..Jaga SOLAT,JAGA AURAT,JAGA PANDANGAN & JAGA AKHLAK..
Insya'allah, ALLAH Akan SAYANG Pada Kita...(^_^)

RESEPI MASAKAN TEMPE PENYET


Bahan:
300 gr tempe, potong setebal 1 ½ cm great-geratpada kedua sisinya
50 ml air
1 sdt ketumbar halus
Garam secukupnya
Minyak goreng secukupnya

Bahan sambal:
8 buah cabai merah, rebus sebentar
10 buah cabai rawit, rebus sebentar1 sdt terasi bakar
Garam dan gula secukupnya
2 lembar daun jeruk, iris halus

Cara Membuat Resep Masakan Tempe Penyet:

1. Rendam tempe dalam air, beri ketumbar, garam secukupnya. Biarkan meresap selama 10 menit
2. Panaskan minyak secukupnya, goreng tempe hingga kuning dan kering. Angkat dan tiriskan
3. Haluskan seluruhbahan sambal jadi satu kecuali daun jeruk. Setelah itu tambahkan daun jeruk, aduk rata
4. Letakkan tempe dalam cobek, tekan-tekan pipih. Hidangkan panas-panas bersama sambal diatasnya

01 August 2012

Pesanan dari Habib Ali Al Jufri

 
Dari habib Ali Aljufry

seseorang itu apabila dia bermaksiat,maka dia kembali kepada Allah,kemudian dia mengulangi,dan dia kembali semula,kemudia dia melakukan semula dosa nya,kemudian dia Kembali kepada Allah swt

demi Allah wahai saudaraku.
sesiapa yang punya perasaan kepedihan(rasa menyesal dgn maksiat yg telah di lakukan).

sesungguhnya perasaan itu adalah tanda cahaya Iman.

ianya ibarat Lilin yang perlu di lindungi dari terpadam..

jangan berputus asa untuk memasuki SYURGA sedang Syaitan tidak pernah berputus asa untuk masukkan kita kidalam NERAKA.

Created/edit:U.H

Sharing Is Caring.

BERDOALAH KALIAN♥ ♥ ♥

"orang yang tidak berdoa selepas Solat,da adalah orang yang SOMBONG kerana dia merasai dirinya sudah sempurna dan tidak perlu berminta-minta lagi pada sang PEMBERI"

Sesungguhnya manusia itu benci apabila sering kali meminta-minta padanya,,Tapi ALLAH menyukai hambaNya yang Meminta-minta padaNYa"

orang yang Berdoa/hajat kepada ALLAh itu adalah orang yang Bergantung seluruhnya kepada ALLAH

orang yang meminta/dan berhajat kepada manusia itu mereka yang bergantung kepada Manusia bukan kepada ALLAH.

Syeikh Thoyyib Al-Makki seorang yang Kuat berdoa,terkadang apabila beliau berdoa sehingga x sedarkan diri,,sehingga beliau di tegur,kemudia tersedar dari berdoa.

Sharing Is Caring ♥ ♥ ♥

WASIAT IMAM SYAFIE

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

1.Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah

3.Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5.Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan

6.Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7.Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8.Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

9.Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

10.Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Restu Ibu Imam Syafie..

Share dari link sahabat FB -- Mutiara Hati Santapan Rohani

Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.

Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.

Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.

Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.

Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”

Info Tambahan:Beberapa bulan setelah Imam Syafie meninggal dunia pemerintah Baghdad menghantar sepasukan tentera bagi memindahkan kubur ulama terbilang itu ke Iraq. Sedang kerja penggalian dijalankan tiba-tiba mereka tercium haruman yang sangat wangi keluar dari liang lahat kubur itu. Mereka terpaksa membatalkannya apabila dibantah oleh penduduk Mesir kerana mereka tidak rela kubur itu dipindahkan.

Wallahualam.