28 January 2015

Tanda-tanda Anda Terkena Sihir

Tanda-tanda Anda Terkena Sihir

Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir | Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

share dari link blog ~ http://kebodmedia.blogspot.com/2015/01/tanda-tanda-anda-terkena-sihir.html

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya ?

share dari link fb ~ Warisan Nabawi

Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya ?

Jawapan Ustaz Mustaffa Kamal

Tak bidaah sayang, dalilnya banyak tak larat nak tulis,bacalah bawah ni,

Ketahuilah qasidah adalah merupakan bentuk pujian terhadap baginda s.a.w dan ini digalakkan.Dua af'al Allah terhadap baginda s.a.w. yg tercatat dalam Al Quran iaitu

1- Berselawat kepada baginda s.a.w. Rujuk Surah Ahzab ayat 56 

2- Memuji baginda s.a.w. Rujuk Surah Al Qalam ayat 4. 

Sekiranya Allah sendiri berselawat dan memuji kepada baginda s.a.w. maka dimana salahnya memuji kepada baginda s.a.w. dan mengatakan memuji kepada baginda s.a.w. bukanlah sunnah nabi adalah satu kefahaman yang salah.

Riwayat drp Imam Thobrani dgn sanad yg hasan

bahawasanya saidina Abbas bin Abdul Mutalib telah menyusun qasidah tentang kelahiran nabi dan membacanya kepada nabi s.a.w. dan Saidina Abbas berkata kepada nabi s.a.w. " Izinkan aku memujimu " Rasulullah bersabda : " Silakanlah ( Katakanlah ) semoga Allah menjagamu ( gigimu ) daripada segala penyakit'. Saidina Abbas mula berqasidah " sebelum ini iaitu sebelum manusia dimuka bumi ini dikau senang di dalam kenikmatan syurga iaitu ruhmu bersenang disyurga bersama nabi Adam,berada dalam jagaan dengan tampalan daun2 syurga .... sehingga akhir qasidahnya.

Selepas itu nabi s.a.w. mengatakan " Semoga Allah menjaga mulutmu dari segala penyakit ".Nabi amat gembira mendengar qasidah dari Abbas sambil mengatakan " Benarlah kamu wahai Abbas".

Daripada Salamah Ibnu Akwa ra.katanya

" Kami keluar bersama Nabi s.a.w. menuju Khaibar.Sedang berjalan pada waktu malam maka berkata seorang lelaki daripada kami kpd Amir Ibnu Akwa'.Tidakkah kamu mahu memperdengarkan qasidahmu kpd kami.Maka dia pun mendendangkannya.Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya " Siapakah yg berqasidah itu". Mereka menjawab : Amir Ibnu Al Akwa. Baginda bersabda ;Semoga Allah merahmatimu.

Riwayat Al Bukhari dalam sohihnya dalam kitab Al Adab,Imam Muslim dalam kitab Al Jihad.

Daripada Aisyah r.anha; Nabi s.a.w. meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk bermegah2 ( memuji-muji ) baginda s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda " Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs ( Jibril ) selama mana dia menyebarkan atau bermegah2 ( memuji-muji ) Baginda s.a.w.".

Riwayat Muslim dalam sahihnya dalam kitab Kelebihan sahabat.

Banyak lagi dalilnya,kenyataan qasidah bukanlah amalan sunnah adalah satu kesilapan,ada sahabat yg melakukannya dan nabi tidak mengingkarinya,mengikuti sahabat adalah perintah Rasulullah s.a.w. dan ada dalil mengenainya.

Nasihat ustaz janganlah kita mempertikaikan amalan orang lain yang ada dalil2nya bahkan kita sibukkan diri kita memperbaiki ummah yang rosak ini,yg kita bimbang lagi takut2 kita termasuk didalam ummah orang yg rosak ini. Wal iya zubillah, semoga Allah merahmati kita semua.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

AMALAN KHUSUS UNTUK : Mendapat rezeki yang tidak putus- putus

share dari link fb ~Nadiah Azaman Ppk

AMALAN KHUSUS UNTUK :

1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus
******************************
Amalannya:
Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja )

*****************************
Ditakdirkan Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari yang sama.
1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.
2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.
Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri Petaling ) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.
Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya'.
Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, warga MMR.

******************************
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an )
" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )
***************************
Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.
Kita solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.
***************************
Nah, kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah kita mulakan amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada hari Jumaat akan datang.
***************************
Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah
***************************
Allah, tidak mungkin hampakan kita.

Perkongsian dari Penulis Mudahnya Menjemput Rezeki.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kesan Kotoran Pada Seterika heart emoticon

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

Kesan Kotoran Pada Seterika heart emoticon


Gosokkan seterika anda yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

5 TANDA ALLAH CINTA PADA HAMBANYA

share dari link fb ~Ustaz Nasir

5 TANDA ALLAH CINTA PADA HAMBANYA

Di antara tanda-tanda Allah cinta pada hambaNya;

1 - FAHAM Agama: 

Rasulullah S.a.w bersabda, maksudnya : “Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya.” 
[Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

2 - SABAR dan REDHA dengan ujian-ujian dari Allah: 

"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." 
[Surah Al-Baqarah : 155-157]

"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." 
[Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Oleh itu antara tanda Allah mencintai seorang hamba juga ialah Dia uji hamba itu dengan pelbagai ujian. Maka jika hamba itu bersabar dan redha, itulah tandanya Allah cintakan hamba tersebut. 

Dan ketahuilah, para Rasul dan Nabi lah yang paling berat menerima ujian dan musibah dari Allah S.w.t. 

Kerana itulah darjat mereka tinggi, dan menjadi teladan kepada seluruh manusia dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini.

4. CINTA MENCINTAI kerana Allah: 

Allah s.w.t berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.” [Hadith Qudsi]

Semoga kita tidak menjadi orang yang cintakan manusia lain kerana nafsu syahwat, harta-benda dan keduniaan semata-mata. Cinta yang paling utama ialah cinta kepada Allah S.w.t, kemudian kepada Rasulullah S.a.w, ibu bapa dan barulah manusia-manusia lain.

4 - Berakhir hidup dengan HUSNUL KHATIMAH 

Rasulullah S.a.w bersabda: "Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya."

Sahabat bertanya: "Apa itu memaniskannya ya Rasulallah?"

Baginda berkata: "Dia akan memberinya petunjuk untuk melakukan kebaikan ketika menjelang ajalnya, sehingga tetangga akan meredhainya (atau ia berkata) orang sekelilingnya." 
[Hadith Riwayat Al-Hakim]

5 - Sentiasa BERZIKIR pada Allah: 

Diriwayatkan bahawa Nabi Musa 'Alaihi salam pernah berkata, " Wahai Rabb Ku Yang Maha Mulia, Bagaimana aku dapat membezakan antara orang yang ENGKAU CINTAI dengan orang yang ENGKAU BENCI?"

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman: 

"Wahai Musa, Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya"

Nabi Musa bertanya, "Wahai Rabb, apa kedua tanda itu?"

Allah S.w.t berfirman: "Aku akan mengilhamkannya agar dia berzikir kepada Ku, agar AKU dapat menyebutnya di kerajaan langit dan AKU akan menahannya dari lautan murka Ku, agar dia tidak terjerumus dalam azab dan siksaKu."

Semoga kita di kalangan hamba2NYA yg di cintai..Aamiin

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

20 January 2015

SUBHANALLAH PESAN BERPESAN LAH DAN KONGSI BERKONGSI LAH WAHAI SAHABAT KU...

share dari link fb ~ Syed Hussain Ai-baiti

SUBHANALLAH
PESAN BERPESAN LAH DAN 
KONGSI BERKONGSI LAH
WAHAI SAHABAT KU...

Pesankan juga untuk anak2 terutamanya anak2 lelaki kita...
ALLAHU AKBAR...

Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, 
bukak papan keranda ,
tudung tu ,
angkat sebentar mayat mak ayah kita tu.
Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. 
Biar kita!!! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je.
Allahhurabi.. 
"Mak.. kali terakhir aku tengok mak ni , mak,
mak , hari ni last ,mak.. 
aku tengok mak".
Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. 
Biar kita!
Pegang pelahan2 badan mak kita tu, 
pusing dia elok2, 
ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
"Mak, last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah".
Terlintas dalam hati, dalam kita dok pegang mak kita tu..
Ingat sejak kita lahir, 
tangan mak ni yang suap ke mulut kita.
Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia lah orangnya yang tak pernah tolak pun.
Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. 
Dia tak pernah buang pun kita.
Takkan hari mak ayah kita mati, 
kita tak boleh terjun dalam liang dia, 
pusing badan mayat dia, 
mengadap ke kiblat.
Kalau kita ada tiga empat beradik, 
empat2 beradik terjun dalam.
"Abang pegang belakang ,bang".
Jangan kita dok harap dekat
orang. 
Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu.
Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap.
Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu.
Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu.
Tengok macam mana ni last dah hari ni.
Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa.
"Ya Allah, aku angkat tangan ,
ya Allah.. 
Aku redha mak aku KAU ambik ya Allah..
Dia yang beranakkan aku..
Ya Allah hari ni aku tinggal dia..
Ya Allah, aku serah dia atas urusanMU belaka..
Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 KAU ampunkan dosa mak aku, 
tolong Ya Allah kesian
mak aku,
Ya Allah.. 
Aku ini hasil didikan dari dia.
Ya Allah.. KAU ampunkanlah segala dosa2 dia ,Ya Allah".
Kawan2, kalau dosa mak
sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita.
Adakah Allah akan tolak doa sebegitu? 
Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari sorang anak.
Sebab tu pesanan pd kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup..
Kawan2, buat jasa la..
Buat jasa...
Pada sahabat yg dah tiada ibu atau bapa, mari kita sama sedekahkan al-fatihah buat mereka.
Bagi sahabat yang lain, kita akan merasa apa yg rakan kita rasa.
Cepat forwardkan kat kawan2 kita, 
anak2 kita especially yg lelaki

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/