21 December 2014

RESEPI PIZZA

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

RESEPI PIZZA

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA

•300 gram tepung gandum
•6 gram yeast segera (mauripan)
•10 gram gula halus
•1 1/2 camca besar madu
•1 camca teh bread improver
•1/4 camca teh garam
•170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
•20 gram mentega
•Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN TOPPING

• Hirisan atau parutan keju mozarella secukupnya
• 2 tin ikan tuna, toskan
• 2 cawan nenas yang dipotong kecil
• 1 cawan traffic light capsicum yang didadu
• Hirisan bawang besar secukupnya
• Sos tomato secukupnya

CARA MEMBUATNYA

UNTUK DOH PIZZA :-

Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam
mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis.
Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat
dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik cling. Biar doh
naik (kurang lebih 45 minit

UNTUK PIZZA GEBU :-

Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 2
bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai
sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit
minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan
kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 1 bahagian lagi.

Sapu sos tomato secukupnya, tabur 1/2 bahagian ikan tuna, 1/2 bahagian
nenas, 1/2 bahagian trafficlight capsicum dan juga sedikit bawang besar.
Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau
kurang). Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan
bersama sos kegemaran anda...

SIAP ! Sudah sedia untuk dimakan

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Ikan Siakap Masak Stim

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

Ikan Siakap Masak Stim


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis

Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa

Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris

Cara cara:
1. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih.
2.Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.
3. Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak.
4. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam.
5. Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar.Siap dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Sedapnya Kek Ais Krim ..

share dari link fb ~Resepi Kek & Puding

Sedapnya Kek Ais Krim ..

Jum tgk resepi disini 

Bahan-Bahan:
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai

Bahan-bahan A (untuk aiskrim):

40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk1 camca teh vanila
Putar hingga pekat

Bahan-bahan B (untuk aiskrim):

180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanilaPutar hingga pekat

Bahan-bahan C (untuk aiskrim):

80 gm gula halus
3 biji kuning telurDipukul hingga pekat

Bahan-bahan disapu di atas kek:

250 gm krim putar
100 gm susu segar

Cara:

Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang. 

Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung. 

Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua.

Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam. 

Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:

Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.

Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:

Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.

*bahan atas kek boleh ikut kreativiti akak2 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

17 December 2014

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV)

share dari link fb ~Bernama Radio24

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. 

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.

ANTARA KHASIAT CUKA EPAL :

Detox :
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

Kuruskan Badan :
Berupaya memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

Diabetes & Kencing Manis : 
Cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan berupaya mencegah penyakit kencing manis serta arthritis. 

Selsema & Sakit Tekak : 
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

Kulit : 
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit. Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.

Badan & Bau yang kurang menyenangkan :
Menolong meneutralkan pH badan/ mulut dan membunuh kuman & bakteria penyebab terhasilnya bau busuk..dan sesuai juga untuk masalah kaki berbau.

Keracunan Makanan :
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa (anti-diarrhea).

Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
------------------------------------------------------
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan Oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi.

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para Nabi sebelum aku".
- Diriwayatkan Oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Maja

Jabir Menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Saya bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Dia menjawab "Tidak, hanya ada cuka." 
Nabi berkata, "cuka adalah sos yang baik" 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kek Coklat Keju Kukus

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly 
 Kek Coklat Keju Kukus 
resepi : dayangjack

bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :

1. 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
2. 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - menggunakan mentega jenama Farmcows.
4. 3 biji telur gred B
5. 220g gula kastor
6. 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
7. 1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju :

1. 600g krim keju (pada suhu bilik)
2. 1 biji telur gred B
3. 120g gula kastor
4. 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
5. 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

A). Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.

B). Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

C). Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang...  Resepi Sheila Rusly 

** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

10 December 2014

KEPAK AYAM BAKAR MINYAK BIJAN

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

KEPAK AYAM BAKAR MINYAK BIJAN

Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara memasak:
Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.supaya ayam tidak kering.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Selamat Mencuba  

 => Resepi Sheila Rusly

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RENDANG AYAM OPAH

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

 RENDANG AYAM OPAH 
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/