"Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.
Selamat Datang
banner
31 July 2012
Ayah dan Ibuku..sesungguhnya aku merindui kalian berdua. -- Al Fatihah
Ya Allah Ya Tuhanku, KAU ampunilah dosa kedua ibu bapaku, cucurilah rahmat ke atas roh mereka berdua, tempatkan lah mereka bersama-sama orang-orang yg soleh lagi dimuliakan, luaskan kubur mereka, sinarilah kubur mereka dengan NurMu Ya Allah, jauhkan lah mereka dari siksaan kuburmu, lapangkan lah kubur mereka dan bahagiakan lah kedua-dua mereka ketika di alam barzakh, dan kasihi lah mereka seperti mana mereka mengasihi, menyayangiku dan menjagaku dari kecil hingga dewasa. Aameen Allahumma Aameen.
Renungkan bersama -- dari link Ummu Hani - FB
¸.•◕◕•.¸¸.•◕◕•.¸¸.•◕◕•.¸¸.•◕◕•.¸
★ Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
★ Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
★ Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi
menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
★ Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
★ Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
★ Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
★ Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
:: Bukannya untuk mencari kesalahan orang lain tapi untuk mentarbiyah
diri ini agar terus berada di landasan yang benar :: ✿◠‿◠✿
¸.•◕◕•.¸¸.•◕◕•.¸¸.•◕◕•.¸¸.•◕◕•.¸
~ RENUNGKAN BERSAMA ~ share dari link sahabat FB -- Ummu Hani
30 July 2012
Cinta dan Kesetiaan,Kepercayaan. Serahkan Hati kpd pemilik yg terbaik
Cinta dan kesetiaan teruji saat ada jarak yang memisahkan.
Serahkan hati mu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.. :)
BERISTIGHFAR dan BERZIKIRLAH
✿~ Orang yang gemar BERISTIGHFAR adalah tanda orang yang MENCINTAI DIRI SENDIRI..
✿~ Orang yang gemar BERZIKIR adalah tanda orang yang MENCINTAI ALLAH..
"Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau MEMOHON dan MENGHARAPKAN daripadaKu, Aku AMPUNKAN engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripadaKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu TANPA MENSYIRIKKAN Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan."
♥(HR at-Tirmidzi, dinilai Hasan oleh al-Albani)
Ketika hati seorang muslimah terluka,
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air mata nya dengan imannya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, matanya basah oleh lembutnya hatinya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh
♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya
♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…
" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "
Doa Hari Ke–10 Ramadhan
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
Doa Hari Ke–10 Ramadhan… Wahai Yang Maha Ihsan! Daku
mohon tergolong di kalangan mereka yang bertawakal, beroleh kemenangan dan hampir di sisi-Mu! Aamiin…
Bukti Kejujuran AMALAN - Pesanan Habib Ali Al-Jufry
Bukti Kejujuran AMALAN
itu bukan sahaja
pada PENAMPILAN,
tapi jelas pada AKHLAK
dan pergaulannya.
DAN
Bukti Tidak jujur
amalan itu adalah
tidak kelihatan
pada AKHLAKNYA
bahkan yang
jelas sebaliknya
"kriteria nabi Muhammad s.a.w adalah sentiasa bertambah ketakutan serta
tawaduknya kepada Allah dan bertambah kasih sayang serta berlemah
lembut terhadap makhluk.
dimanakah keadaan diri kita?
adakah ke arah kriteria nabi muhammad atau ke arah kriteria iblis iaitu bersifat "aku lebih bagus darinya"?"
By:Habib Ali Al-Jufry
♥ ♥ ♥
Created:U.h (Link FB - Jalan Menuju Redha Allah)
Pesanan Habib Ali Al Jufry
"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita,maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerna di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu dan selidikilah ia. Adakah ia bermasalah atau sebaliknya."
BY:Habib Ali Al-Jufry. di petik dari :http://mohaz.blogspot.com/
Pesanan Habib Umar Bin Hafidz
"ORANG
YANG TIDAK BRZIKIR KEPADA ALLAH,ORANG ITU TIDAK MENYUKAI
ALLAH,,JANGANLAH AMBIL PANDANGAN(BUAH FIKIRAN) DARI ORANG YANG TIDAK
BERZIKIR KEPADA ALLAH"
dari:Habib Umar bin Hafidz
♥ ♥ ♥
اللهم صل على Ù…Øمد
Petua Mengurangkan Lalat Hinggap Pada Makanan
Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang
diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya.
Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Stress dan kesan-kesan sampingan darinya.
- Selama 5 minit kita MARAH, imun sistem tubuh kita mengalami depressi selama 6 jam.
- Dendam, menyimpan kepahitan, imun tubuh kita perlahan2 mati. Disitulah bermula awal segala penyakit.
- STRESS mengakibatkn kolesterol meningkat, darah tinggi, Jantung, rheumatik, arthritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).
- Jika kita sering membiarkan diri kita STRESS, maka kita sering mengalami GANGGUAN PENCERNAAN.
- Jika MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit INSOMNIA (susah tidur).
- Jika sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena GANGGUAN TULANG BELAKANG d BAHAGIAN BAWAH.
29 July 2012
Kisah Rasulullah saw yang amat mengasihi ummatnya
Pada
suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah
mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang
kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat
menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi
halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah!
Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak
para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai
pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan
ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."
P/S : Kalau nak Share silakan. dari link sahabat FB -- Jom Borak (JBC)
~Kemaafan dendam yg terindah~
Kemaafan dendam yg terindah~
Ya Allah..ketika aku melakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah aku kekuatan untuk . meminta kemaafan...manakala di waktu orang lain melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanlah aku kekuatan utk. memberi kemaafan..insyaAllah..seke ras-keras hati ini..masih terselit kelembutan seorang insan yang maha pemaaf.dan setiap apa yang kita lakukan..biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan...tanpa kejujuran..hidup kita sentiasa menjadi mainan orang...dan apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita..maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka..insyaAllah...sem oga hidup ceria2 selalu.senyum sebagai pengubat luka.
Ya Allah..ketika aku melakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah aku kekuatan untuk . meminta kemaafan...manakala di waktu orang lain melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanlah aku kekuatan utk. memberi kemaafan..insyaAllah..seke
(Nukilan dari sahabat FB : Pujangga Senja)
Fikir sebelum bercakap, dengar jangan bantah
Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam Islam, kalau tak tahu bertanya takut-takut nanti sesat dihujung jalan, sebelum bercakap berfikir dulu, dan jangan selalu bantah pada ajakan untuk kebaikan
28 July 2012
Pesan berpesan sesama kita
Adab Selepas Makan...
Pada entri ini, saya nak berkongsi tentang adap selepas makan mengikut Imam al-Ghazali..
1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Menjilat jari.
3. Membasuh tangan.
4. Berdoa.
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
6. Banyak bersyukur kepada Allah Swt.
7. Beristighfar agar diampunkan Allah Swt andai ada unsur syubhah pada makanan.
Alhamdulilah, ini merupakan adap-adap sebelum, semasa dan selepas makan..
semoga anda dapat manfaat daripada entri tersebut dan terhindar daripada
penyakit berbahaya..insyaAllah..
Selamat Berbuka Puasa semua sahabat2.... ^_^
Pada entri ini, saya nak berkongsi tentang adap selepas makan mengikut Imam al-Ghazali..
1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Menjilat jari.
3. Membasuh tangan.
4. Berdoa.
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
6. Banyak bersyukur kepada Allah Swt.
7. Beristighfar agar diampunkan Allah Swt andai ada unsur syubhah pada makanan.
Alhamdulilah, ini merupakan adap-adap sebelum, semasa dan selepas makan..
semoga anda dapat manfaat daripada entri tersebut dan terhindar daripada
penyakit berbahaya..insyaAllah..
Selamat Berbuka Puasa semua sahabat2.... ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)