Pages

04 August 2015

Swiss Roll Teh Hijau

share dari link fb ~ Resepi Sahabat

Swiss Roll Teh Hijau

BAHAN KEK:

Bahan A

1 biji telur
3 biji kuning telur

Bahan B

35 gm mentega
60 gm tepung superfine | diayak
5 gm serbuk teh hijau | diayak bersama tepung
60 gm susu segar

Bahan C

3 biji putih telur
85 gm gula kastor

BAHAN KRIM:

100 gm krim putar
2 sudu teh gula ising

CARA MEMASAK:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160’c.

2. Pukul bahan A hingga sebati. Ketepikan seketika.

3. Seterusnya cairkan mentega dalam kuali dan padamkan api. Masukkan tepung dan juga serbuk teh hijau. Gaul rata.

4. Kemudian masukkan bahan A yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.

5. Masukkan susu segar dan gaul hingga sebati. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berketul. Ketepikan seketika.

6. Pukul bahan C hingga kembang dan gebu. Tuang ke dalam bekas yang mengandungi bancuhan tepung dan telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

7. Sapukan mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Guna Loyang bersaiz 10’ x 10’.

8. Tuang adunan dan bakar pada suhu 160’c selama 20 minit. Apabila kek telah masak, keluarkan dari Loyang dan sejukkan seketika.

9. Untuk krim, pukul krim putar bersama gula ising hingga kental. Sapukan ke atas kek dan gulung dengan kemas.

10. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment