Pages

13 August 2015

RESEPI SUP IKAN MERAH

share dari link fb ~ Denaihati Network

RESEPI SUP IKAN MERAH

Bahan-bahannya :
● 1 kg ikan merah
● 4 cawan air
● minyak utk menumis
● Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan

Bahan tumbuk
● 1 sudu besar lada sulah/putih
● 1/2 inci halia
● 3 ulas bawang putih
● 5 biji bawang merah

Bahan Tumis
● 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
● 1 ulas bwng putih-hiris
● 2 biji bwng merah-hiris

Cara-Cara
1. Ikan merah disiang, potong 2, atau ikut kesesuaian, cuci dan toskan.

2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan2 yg lain sehingga lumat.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.

4. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..

5. Masukkan air, biarkan mendidih, setelah mendidih masukkan ikan dan kacau rata..

6. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.

7. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. 

Sedia utk di hidangkan dan selamat mencuba. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment