Pages

06 August 2015

RACUN & REPELLENT ORGANIK UNTUK TIKUS



share dari link fb ~ Ahmad Fadhlan added 3 new photos.

RACUN & REPELLENT ORGANIK UNTUK TIKUS
Tikus merupakan perosak yang selalu memusnahkan tanaman.Tidak kira padi,ubi,jagung,keledek,terung,tembikai,labu dan sebagainya semua dimakannya.Jika dirumah wayar alat letrik,pakaian dan alatan rumah selalu dirosakkannya.
Antara tumbuhan yang dapat digunakan untuk mengawal tikus ialah buah betik yang belum masak,jering,cili dan buah jarak.
Buah betik yang mentah mengandungi bahan aktif papain yang boleh menyebabkan kematian tikus.Caranya potong kecil-kecil isi betik dan letakkan ditempat tikus selalu datang.Guna sarung tangan ketika memotong buah betik ditakuti tikus tidak mahu memakan potongan isi betik kerana terhidu bau manusia.Tikus yang memakannya akan mati.
Buah jarak pagar pula berbahan aktif kursin,saponin,resin dan alkaloid juga boleh menyebabkan kematian pada tikus.Caranya cukup mudah untuk membuat racun dari buah jarak.Buah jarak disapu atau dicelup dengan minyak bekas gorengan ikan.Kemudian diletak ditempat tikus selalu datang.Tikus akan mati jika memakannya.
Cili besar (Capsicum annum) & Cili padi (Capsicum frustescens) mengandungi bahan aktif capsaicin,piperin dan piperidin yang memberi rasa pedas dapat menghalau dan menghambat nafsu makan tikus.Cili besar atau cili padi 500 gram dikisar halus dan direndam dalam 10 liter air semalaman.Tapis dan sembur ke kebun,ladang dan sawah padi yang diserang tikus pada waktu lewat petang.
Jering pula mengandungi bahan aktif atoni,alkaloid,terpenoid,steroid,tannin dan glikosid.Baunya yang menyengat mengusir dan membantutkan nafsu makan tikus.Cara membuat repellent dari jering.Sekilo jering dikupas kulitnya direndam dalam air 10 liter selama 24-36 jam.Air rendaman jering tadi disembur ke kebun,ladang dan sawah padi yang diserang tikus pada lewat petang.Juga boleh digunakan untuk menghalau burung yang mengganggu tanaman.
Semburan cili dan jering ini juga sekaligus membunuh dan menghalau serangga pada tanaman.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment