Pages

19 August 2015

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup

Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah anda cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya tahan lama? Cuba petua ini.


BAHAN-BAHAN:


Ikan bilis

Cuka makan

CARA-CARA:

1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.

3. Perap selama 5 minit.

4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis anda akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.

satu lagi petua yg saya dpt dkt nak angkat dh agak garing ikan bilis tu tabur sikit gula atas ikan bilis yg dh digoreng dalam kuali dia akan berbuih sikit minyak dan ikan bilis dlm tu..tp jgn api terlalu kuat nanti hangit gula dgn ikan bilis tu...memang betul akan jadi ikan bilis tu tahan lama tak liat dan rangup.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment