Pages

23 August 2015

Pelbagai jenis resipi kuih talam

share dari link fb ~ Rasa

Talam Berlauk


BAHAN-BAHAN:


250gm tepung beras
200gm keladi
100gm udang kering
2 sudu teh garam
1000ml air
500ml santan

BAHAN HIASAN:
100gm udang kering | disangai dan dikisar halus
20gm bawang goreng
2 biji telur | didadar nipis dan dihiris halus
2 tangkai cili merah | dihiris tipis
1 tangkai daun sup | dipotong halus


CARA MEMASAK:

1 Keladi direbus dan dikisar bersama air. Asingkan.
2 Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
3 Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
4 Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
5 Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan hiasan.








Talam Kacang Merah




BAHAN-BAHAN:




BAHAN LAPISAN BAWAH:


½ tin kacang merah


250gm tepung beras


80gm tepung gandum


80gm gula


1 sudu teh tepung ubi


500ml air


350ml santan


Pewarna warna jambu secukupnya



BAHAN LAPISAN ATAS:


150gm tepung gandum


150gm gula kastor


450ml air


250ml santan


1 sudu teh tepung ubi


1½ sudu teh garam


CARA MEMASAK:



1 Untuk membuat lapisan bawah, satukan kesemua bahan kecuali kacang merah.


2 Kemudian tapiskan ke dalam periuk dan didihkan di atas api sehingga naik wap.


3 Seterusnya masukkan kacang merah dan dikacau rata.


4 Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.


5 Untuk membuat lapisan atas pula, satukan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk.


6 Kacau di atas api sederhana sehingga naik wap.


7 Setelah itu, tuangkan ke atas loyang lapisan bawah tadi.


8 Akhir sekali, kukus selama 30 minit.
Talam Lapis Keladi

BAHAN LAPISAN BAWAH:

A:
120gm tepung beras
40gm tepung ubi

B:
250ml santan pekat
500ml air
1 sudu teh garam
(Dicampurkan dan dimasak sehingga naik wap)


BAHAN LAPISAN BAWAH C:
250gm ubi keladi | dikukus selama 10 minit


BAHAN LAPISAN ATAS:

A:
120gm tepung beras
40gm tepung ubi
40gm tepung gandum

B:
250ml santan pekat
500ml air
120gm gula pasir
½ sudu teh garam
Pewarna ungu secukupnya

CARA MEMASAK: 

LAPISAN BAWAH:

1. Ayak bahan A ke dalam mangkuk adunan dan tuangkan bancuhan B.
2. Kacau sehingga sebati dan masukkan bahan C. Bancuh agak pekat sedikit.
3. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang bersaiz 10" x 10" x 3" inci dan kukus selama 30 minit. Ketepikan.

LAPISAN ATAS:
1. Ayak bahan A ke dalam mangkuk adunan. Satukan dengan bahan B.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan ungu dan putih.
3. Setelah adunan lapisan bawah keras, cakar dengan garpu dan tuangkan lapisan ungu. Kukus selama 15 minit.
4. Apabila masak, tuangkan lapisan putih. Kukus selama 15 minit.
5. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Talam Nangka



AHAN-BAHAN:

250gm nangka masak

200gm tepung beras

50gm gula kastor


500ml air

300ml santan

1 sudu teh garam


CARA MEMASAK:

1 Satukan kesemua bahan kecuali nangka di dalam periuk.

2 Kemudian didihkan sehingga naik wap.

3 Setelah itu masukkan nangka dan dikacau sebati.

4 Tuangkan ke dalam loyang.

5 Akhir sekali, kukus selama 30 minit.

Talam Pisang



BAHAN LAPISAN BAWAH:

300gm pisang nangka

180gm tepung beras

100gm gula kastor


300ml santan pekat

½ sudu teh garam


BAHAN LAPISAN ATAS:

180gm tepung beras

700ml santan

½ sudu teh garam


CARA MEMASAK:

1 Untuk membuat lapisan bawah, kisarkan isi pisang bersama gula kastor, garam dan santan pekat.

2 Kemudian masukkan tepung beras dan digaul sebati.

3 Seterusnya tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

4 Untuk membuat lapisan atas, satukan kesemua bahan dan dikacau sebati. Tapis.

5 Didihkan di atas api sederhana sehingga naik wap.

6 Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.

7 Akhir sekali, kukus semula selama 30 minit.

Talam Ubi Kayu



BAHAN-BAHAN:


BAHAN LAPISAN BAWAH:

250gm ubi kayu


150gm gula

50gm sagu biji

50gm mentega

150ml santan

3 biji telur

½ sudu teh garam

Pewarna kuning secukupnya


BAHAN LAPISAN ATAS:

200gm tepung beras

400ml air

250ml santan

1 sudu teh tepung jagung

1½ sudu teh garam




CARA MEMASAK:


1 Untuk membuat lapisan bawah, sagu biji direndam selama 30 minit. Asingkan.

2 Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan digaul sebati.

3 Masukkan pewarna kuning secukupnya. Kacau rata dan sebatikan.

4 Seterusnya tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Ketepikan.

5Untuk membuat lapisan atas pula, satukan kesemua bahan dan digaul rata.

6 Kemudian tapiskan ke dalam periuk dan didihkan sehingga wap naik.

7 Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.

8 Akhir sekali, kukus semula selama 30 minit. Sedia untuk dimakan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment