Pages

23 August 2015

PARA BAPA PERLU FAHAMI YAASIN YANG DIBACA UNTUK MENGHIDUPKAN JIWA

share dari link fb ~ Warga Prihatin

PARA BAPA PERLU FAHAMI YAASIN YANG DIBACA UNTUK MENGHIDUPKAN JIWA

Tips ini adalah cetusan tambahan ekoran dari artikel BAPA TUNGGUL MENGHASILKAN IBU TUNGGAL, IBU TINGGAL kelmarin. Seperti dijangka, ramai para isteri yang sedang tertekan dan ramai pula kaum bapa yang akan menafikan.

Mudah sahaja. Fenomena akhir zaman ini ada kaitannya dengan YAASIIN, surah yang sering dibacakan kepada orang yang mati atau hampir mati. Dibacakan Yaasin agar yang memang sampai ajalnya mati dengan cepat dan yang masih mampu hidup segera kembali sihat.

Hari ini kita hanya hidup jasadnya tetapi mati jiwanya. AlQuran kita baca tetapi tidak tahu maksudnya. Maka jadilah kita juara SYAIR yang hanya ‘menyanyikan’ alQuran yang kita baca macam burung tiung atau kakak tua. Yang suara sedap dan pandai berlagu akan mampu membuat orang menangis sayu, sama macam sayunya mendengar lagu hindustan yang juga tidak kita fahami maknanya. Menangis kerana alunan suaranya, bukan kerana sentuhan maksudnya. 

Melalui surah Yaasin yang difahami dengan JELAS, Allah mahu jiwa manusia yang mati ini dihidupkan kembali dengan hikmah dan kebijaksanaan melaksanakan hukum hakam yang terkandung dalam alQuran. 

Dengan alQur'an juga menjadikan kita manusia yang berdosa, yang sering lalai ini mampu menghukum dengan bijaksana akan segala perkara. Tidak lagi kita bersangka-sangka, meraba-raba dan berlaga-laga.

KAITAN YAASIN DENGAN AL-MASIH MAHADI & AL-MASIH ISA, PENGGERAK KEBANGKITAN SEMULA

Di akhir zaman manusia hidup dalam kegelapan, meraba-raba dan dipenuhi sangka-sangka. Manusia hidup dalam kebingungan yang nyata (DHOLAALIM-MUBIIN). 

Manusia perlukan imam atau ikutan yang jelas nyata (IMAAMIM-MUBIN), yang juga mampu menjelaskan setiap perkara dengan jelas (BALAGHUL-MUBIIN) melalui bacaan alQuran yang jelas nyata dan penuh strategik (QUR’ANUM-MUBIIN).

MAHADI adalah tempat terhimpunnya petunjuk (HUDAN) sebagai rujukan dan panduan manusia (TURJA’UN, YARJIUN, RUJ’A, DLL). Itulah alQur’an ikutan kita, soalan kubur yang paling utama. 

Dengan petunjuk itu Mariam mampu lahirkan Isa tanpa bapa secara mutasyabihatnya. 

Inilah fenomena akhir zaman yang wajib kita terima hakikatnya. Kehancuran umat ini kerana para BAPA hilang peranannya. Selain Isa a.s., Ibrahim a.s. dan Musa a.s. juga dibina jiwa dan keimanannya tanpa sokongan BAPA. 

Inilah masanya para IBU menyedari dan bukan sekadar menyesali. Jadilah Mariam yang mampu melahirkan Isa tanpa bapa. Jadilah Siti Hajar yang mampu membina Ismail a.s. di padang pasir, tanpa adanya Ibrahim di sisi. Jadilah sebaik Asiah yang bersuamikan Firaun yang memusuhi Musa anak angkatnya sendiri. 

Lahirkan, bina dan bangunkanlah jiwa juang GENERASI ISA, anak lelaki terunggul abad ini. Beri mereka TONGKAT MAHADI, petunjuk yang memimpin, yang mampu memukul dan menghidupkan semula begitu banyak 'mayat hidup' yang sedang mundar mandir bergentayangan di muka bumi ini.

QS: 36. YAASIIN 

1-5. “Yaa siin (HAI MANUSIA - yang berdosa).. Demi Al Quran yang penuh hikmah/hukum/hakim (WAL QUR'AANIL HAKIM), Sesungguhnya kamu sebahagian dari utusan itu, Di atas jalan yang lurus. Yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.”

6. Agar kamu memberi peringatan kepada KAUM yang BAPAK-BAPAK mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka LALAI. 

7. Sesungguhnya telah berlaku apa yang dikatakan terhadap kebanyakan mereka, kerena mereka tidak beriman. 

8. Sesungguhnya Kami telah memasang BELENGGU di leher mereka, lalu tangan mereka menongkat dagu, maka karena itu mereka terngadah (bingung). 

9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding, dan Kami tutupi mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(buntu)

10. Sama saja bagi mereka samada kamu memberi peringatan atau kamu tidak memberi peringatan, mereka tetap tidak akan beriman.

11. Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan, dan yang takut kepada Rabb Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. 

12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang MATI dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam / pada IMAM (IKUTAN) yang JELAS NYATA (IMAMIM-MUBIIN). 

17. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah MENYAMPAIKAN dengan JELAS NYATA." (BALAGHUL-MUBIIN) 

20. Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas lalu berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu." 

21. Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat PETUNJUK. 

22. Mengapa aku tidak menyembah yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu akan DIRUJUK? 

24. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam KESESATAN yang JELAS NYATA. (DHOLALIM-MUBIIN)

26. Dikatakan: "Masuklah ke syurga". Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kamumku mengetahui. 

27. Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan." 

69. Dan Kami tidak mengajarkan syair dan tidaklah layak baginya. Tidaklah ia (alQuran) melainkan zikir (peringatan) dan BACAAN YANG JELAS NYATA. (QUR'ANUM-MUBIIN)

70. Supaya dia memberi peringatan (zikirkan) kepada orang-orang agar/adalah hidup, dan dipastikan (dibenarkan) perkataan (kata-kata) atas orang-orang yang ingkar/kafir.

"SODAQOLLAHULADZIIM"

Kudap Jumaat 
WARGA PRIHATIN
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment