Pages

23 August 2015

DOH PIZZA


share dari link fb ~ Rasa  
Siapa yang dah pandai buat pizza, boleh la cari gunting pisau untuk potong pizza macam ni. Sebagai bonus.. kami kongsikan satu resipi. Selamat Mencuba. Nanti kalau menjadi share la gambar dengan kami. 
*Gambar pizza sekadar hiasan.
DOH PIZZA
BAHAN-BAHAN: 
500 gram Tepung Roti / High Protein 
1 sudu kecil Garam Halus 
1 sudu kecil Gula pasir 
300ml Air suam 
1 peket (11 gram) Yis kering 
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak jagung

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Bacuh air suma dengan gula dan kemudian campur yis. Kacau hingga larut dan sekata
2. Biarkan sekejap bagi yis aktif. Kemudian baru tuangkan ke dalam bekas tepung..
3. Gaul rata dan nulakan proses menguli. 5 minit sahaja. 
4. Lengserkan 2 sudu kecil minyak zaitun dalam bekas/ besen. Bekas ni kita nak perap doh...
5. Masukkan doh yang kita uli tadi dalam bekas yang kita dah lengserkan dengan minyak zaitun.
6. Tutup bekas dan perap 30 minit Lepas setengah jam, doh akan kembang. Tepuk-tepuk buang angin sambil uli sedikit lagi. 
7. Bahagikan doh kepada dua . Untuk dapatkan saiz pizza dalam 7- 8 inci. 
(Jika nak buat pizza yang betul-betul besar boleh la gunakan semua doh) 
8. Uli di atas permukaan yg rata dan licin. Tabur sedikit tepung tekan-tekan doh ni bagi dia membesar. Kemudian gunakan pengelek kayu untuk mencanai agar doh sekata ketebalannya dan berbentuk bulat. Terbalikkan, tabur tepung dan canai lagi sehingga dapat saiz yang diperlukan. 
9. Kemudian letakkan dlm dulang pembakar. Sapukan sos dan taburkan dengan filing yang anda suka sertja jangn lupa taburkan keju mozzarella, chedar atau parmesan
10. Bakar dalam oven dengan suhu 180C-200C selama 
25 -30 minit.

SOS
BAHAN-BAHANl
1 biji bawang besar - cincang halus 
2 ulas bawang putih - cincang halus 
2 biji tomato - cincang halus 
2 sudu besar minyak masak 
3 sudu besar tomato puri 
2 sudu besar sos tomato 
3/4 st gula 
1 sudu kecil oregano 
garam & gula

CARA MEMBUAT: 
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk semua bahan-bahan Kacau dan masak sampai agak pekat. Tutup api & biar sejukkan sebentar.
UNTUK TOPPING: 
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing) JANGAN dicampur makanan laut dengan darat. 
Lada benggala hijau atau merah, tomato 
Cendawan butang, bawang besar, nanas 
Keju mozzarella, chedar atau parmesan untuk pizza 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment