Pages

11 August 2015

Cinta kepada Ulama; "Rugi kalau kita tidak cinta Rasulullah ﷺ.

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Cinta kepada Ulama; "Rugi kalau kita tidak cinta Rasulullah ﷺ. Dizaman ini orang-orang memperlekehkan orang yang cinta rasulullah ﷺ. Yang memakai kopiah capal Nabi ﷺ contohnya. Apa ni capal pakai dekat kepala. Walhal mereka tidak tahu. Syarat iman itu adalah cinta kepada Rasulullah ﷺ. Cinta dengan mengikut Nabi zahir dan juga batin."

"Cinta supaya kita dibangkitkan bersama menjadi umat Nabi dan nabi mengakui kita sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ. Ulama adalah pewaris Nabi. Maka cinta kepada ulama adalah antara perkara yang menghidupkan hati yang mati."

"Ilmu tasawwuf ini adalah ilmu yang kena belajar. Ilmu yang mensucikan hati dan jiwa daripada penyakit-penyakit hati. Wajib bagi kita memelihara tempat yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى. Membersihkan tempat yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى. Barulah segala macam amalan kita tidak menjadi sia-sia."

"Suatu hari, seorang wali Allah سبحانه وتعالى sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Wali Allah itu menarik pakaiannya ke atas. Terdetik wali Allah berkata aku lebih mulia daripada anjing ini, anjing ini najis. Najis yang berat."

"Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia; "Wahai wali Allah, Kalau kulit aku kering, terkena kulitmu, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Akan tetapi sifat takabur dan riak yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan air tujuh lautan sekalipun. Tersentak wali Allah itu mendengar."

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya ada sifat takabbur riak. Antara cara untuk menghindarkan hati dari sifat tersebut adalah dengan duduk didalam majlis ulama. Dizaman sekarang orang menghina dan membenci ulama."

"Antara bala bencana diakhir zaman ini asbab nya adalah menghina atau zalim kepada ulama dan wali Allah. Antara bala yang diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى, adalah diangkat keberkatan rezeki disuatu tempat itu. Selain itu, diangkat pemimpin yang zalim kepada rakyat sebagai pemimpin. Dan musibah ditimpa disuatu tempat."

"Ulama adalah pewaris Nabi. Ulama adalah keluarga Nabi Muhammad ﷺ. Sama ada daripada nasab atau sanad. Rasulullah ﷺ suruh kita duduk didalam majlis ulama. Sebab Allah سبحانه وتعالى menghidupkan hati yang mati dengan perkataan ulama. Terutama ulama-ulama tasawwuf yakni ulama arifbillah. Ulama yang memberikan cahaya pada hati dan yang memberikan bekas pada hati kita. Sebab itu kita dituntut untuk mencintai ulama."

Daripada Ustaz Syed Faiz Al-Idrus.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment