Pages

30 March 2014

resepi donut yang gebu..lembut dan sedap ..insyaallah

1. bulat2 kan doh....letak atas dulang yang ditabur tepung...biarkan 5-10 minit supaya ia kembang sikit 
2. lepas 10 minit doh sedikit kembang...
3. kemudian leperkan doh sekali tekan je ye 
4. nilah cara saya..guna apa yang ada dlm umah..guna penutup botol tuk lubangkan donat
5. Biarkan donat 20-30 minit ...agar ia kembang sekali ganda...
6. donut kembang sekali ganda...panaskan minyak kemudian kurang suhu api siap tuk digoreng
7. nilah donat yang siap digoreng...Selamat Mencuba

share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali 
(Terima kasih di atas perkongsian nya Tahrunnisah)


Assalamualaikum...hari ni nak share resepi donut yang gebu..lembut dan sedap ..insyaallah...semoga ia memberi manfaat pada sahabat2 semua...

resepinya 
250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : saya guna mixer

1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunankemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... # tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga #maaf lupa namanya..

#tips yang uli tangan
masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...

tips saya bentukkan doh

saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye 

#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban 

bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli

tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan 

takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan




blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

GETUK UBI KAYU

share dari link fb ~Resepi Bonda
GETUK UBI KAYU

BAHAN2:
-600 gm ubi kayu

-1 cawan gula

-½ biji kelapa parut

-Garam secukup rasa



Bahan untuk tepung

-tepung gandum

-sedikit tepung beras sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit

-sedikit air

Directions

-Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan.

-Kemudian rebus dengan sedikit garam hingga empuk.

-Setelah itu, angkat dan toskan airnya.

-tumbuk ubi panas-panas hingga gebu.

-Masukkan gula dan kelapa.

-Bentuk kan menjadi bebola sederhana besar

-goreng bebola dengan tepung

cara membuat tepung

-campurkan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

TAUHU KUKUS GORENG

share dari link fb~
1001 Idea Masakan & Makanan

TAUHU KUKUS GORENG

Bahan-bahan :
1 ketul tauhu biasa
1 tiub tauhu jepun
1 biji telur
daging hancur ramlee secukupnya
bawang goreng
daun sup/daun bawang-diracik
cili merah-dihiris halus
1 sudu kecil maggi cukup rasa

1 biji telur untuk celup sblm goreng-dipukul sedikit dengan garfu.

Cara-cara :
Blender tauhu biasa, tauhu jepun, daging, telur dan maggi cukup rasa.
Masukkan dlm bekas dan gaulkan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan cili merah.
Kukus dlm 15minit.
Sejukkan dan potong petak.
Gaulkan dengan telur yg telah dipukul sedikit dengan garfu.
Goreng dengan api sederhana hingga bewarna kekuningan.
Angkat dan hidangkan bersama sos..
Selamat mencuba.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Cheezy ball

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

Cheezy ball

Bahan-bahan :
350 gram ubi kentang @ 2-3 bj (di rebus dgn sdkt garam & gula secukup rasa)
250 gram tpg gandum (guna sehingga adunan sebati je)
Serbuk lada aji-sho
250 gram keju cheddar (intan guna chesdale slice je..sekpg d potong dpt 4)
1-2 biji telur
Serbuk roti secukupnya

Cara2:
1. Ubi kentang yg direbus tadi dilenyek sehingga hancur
2. Tabur lada, tpg gandum sehingga sebati
3. Ambil adunan jdkn bebola, leperkn & masukkn keju & bulatkn
4. Golekkn dlm serbuk roti,kemudian dlm telur yg tlh di pukul pula.
5. Golekkn sekali lg dlm serbuk roti sehingga semua bsalut rata
6. Gorengkn dlm minyak yg panas sehingga warna mnjadi keperang2an dgn api yg sederhana sbb serbuk roti cepat hangus nnt..angkat & boleh di mkn bsama sos cili tp mkn camtu pun dh sedap..

selamat mencuba

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

23 March 2014

ISU TINTED GELAP-SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT

share dari link fb~ Pomen Cabuk Kereta Piang
ISU TINTED GELAP-SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT

Kebanyakkan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH : alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/S--Haramkan sahaja Penjualan Tinted diMalaysia kalau JPJ tak nak tukar akta

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

21 March 2014

JANGAN TINGGALKAN ...

share dari link fb ~Bicara Hidayah
JANGAN TINGGALKAN ...


✔ Jangan meninggalkan amal karena takut tidak ikhlas. Beramal sambil meluruskan niat lebih baik daripada tidak beramal sama sekali.

✔ Jangan meninggalkan dzikir karena ketidakhadiran hati. Kelalaianmu dari zikir lebih buruk daripada kelalaianmu saat berdzikir.


✔ Jangan meninggalkan tilawah karena tak tahu maknanya. Ketidaktahuan makna dalam tilawah masih lebih baik daripada ketidakmauan membaca firmanNya.

✔ Jangan meninggalkan dakwah karena kecewa. Kesabaranmu bersama orang-orang shalih lebih baik daripada kesenanganmu bersama orang-orang yang tidak shalih.

✔ Jangan meninggalkan amanah karena berat. Beratnya amanah yang kau emban (gendong) sebanding dengan beratnya timbangan amal yang akan kau dapatkan.

✔ Jangan meninggalkan medan juang karena terluka. Kematian di medan juang lebih baik daripada hidup dalam keterlenaan.

✔ Jangan meninggalkan kesantunanmu karena lingkungan kasar. Santunmu saat dikasari hanya akan menambah kemuliaan dan mengundang simpati.

✔ Jangan meninggalkan kesetiaan karena dikhianati. Setia kepada janji selalu lebih baik daripada mengkhianati orang yang mengkhianati.


✔ Jangan meninggalkan cinta karena cemburu. Kecemburuan dalam cinta jauh lebih indah daripada kegersangan jiwa tanpa cinta.

(bersamadakwah.com)
_______________
Shared By: bicara hidayah

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

KASIHNYA RASULULLAH S.A.W KEPADA KITA

share dari link fb ~Kamarol Azli Bahari
KASIHNYA RASULULLAH S.A.W KEPADA KITA


Abu Hurairah r.a meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat(syafaat).” (Hadits riwayat Muslim)


Diringkaskan dari Hadith Riwayat Bukhari : Ketika di Yaumul Masyar,

...Lalu Nabi Muhammad s.a.w pergi menuju bawah ‘Arsy. Disana beliau bersujud kepada Rabb, kemudian Allah SWT membukakan kepadanya dari puji-pujian-Nya, dan indahnya pujian atas-Nya, sesuatu yang tidak pernah dibukakan kepada seorang pun sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian Allah SWT berkata kepada Muhammad s.a.w, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu, mintalah, niscaya kau diberi, dan berilah syafa’at niscaya akan dikabulkan!”

Maka Muhammad s.a.w mengangkat kepalanya dan berkata, “Ummatku wahai Rabb-ku, ummatku wahai Rabb-ku, ummatku wahai Rabb-ku!”
Lalu disampaikan dari Allah SWT kepadanya, “Wahai Muhammad, masukkan ke surga di antara umatmu yang tanpa hisab dari pintu sebelah kanan dari sekian pintu surga, dan mereka adalah ikut memiliki hak bersama dengan manusia yang lain pada selain pintu tersebut dari pintu-pintu surga.”

Baginda s.a.w bersabda :-
“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Petikkan dalam Kitab Kanzul Ummal)

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD..

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Jangan malu utk mengamalkan Sunnah2 baginda Rasulullah saw

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Capal Rasulullah mempunyai 2 tali yang bercabang dua.

Bertapa hebatnya, agungnya Rasulullah sehingga capalnya juga dibahas oleh Para Ulama'.

Bahayanya bila Sentuhan diri kepada Rasulullah tidak ada.

Tidak berasa mulia bila memakai sunnah Rasulullah.
Tidak pakai kopiah kerana malu nak pakai kopiah, problemnya bukan sebab kopiah tapi kerana malu nk melaksanakan sunnah Rasulullah saw.
 

Jangan malu utk mengamalkan Sunnah2 baginda Rasulullah...tak dpt byk dibuat jgn dibuang semua...tak dpt byk diikut jgn tak buat langsung.. mudah2an kita semua nanti mendapat syafaat baginda Rasulullah saw di sana...aameen. 
اللَّهمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّم


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Menanam Uri......sila baca

share dari link fb ~ Kelab Che Det

Kita selalu terlupa benda2 cam ni.. kpd yg akan dpt anak... sila baca dan faham....

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAKUri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. 

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. 

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 

Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). 

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/