"Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.
Pages
▼
28 April 2013
Doa Taubat
Apabila seseorang hamba bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan beserta dengan hati yang ikhlas, sudah pasti Allah akan menerima taubat hamba-Nya. Tetapi terdapat beberapa keadaan dan masa tertentu yang mana pada ketika itu, taubat seseorang hamba TIDAK AKAN diterima oleh Allah S.W.T.
Ingatlah akan pesanan Allah S.W.T. dalam Al-Quran agar kita segera bertaubat sebelum tiba masa dan keadaan di mana taubat tidak lagi diterima.
Seperti firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan

No comments:
Post a Comment