"Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.
Pages
▼
01 August 2012
WASIAT IMAM SYAFIE
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :
1.Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat
persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah 3.Hak Kepada
Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang
yang dizalimi. 4.Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 5.Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan 6.Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7.Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab
Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan
sembunyi dan memperelokkan akhlak. 8.Hak Kepada Ridhwan iaitu
merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur
kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat. 9.Hak
Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan
syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing
dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT. 10.Hak Kepada Allah
SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment