"Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.
Malam ke-21 Ramadhan...
Jadikan 10 malam terakhir di bulan ramadan sebagai malam untuk
mengumpulkan sebanyak pahala. Semoga kita dapat bertemu dgn Malam
Lailatulqadar..setiap orang muslim pasti ingin bertemu dengan malam
lailatulqadar itu..kerana malam itulah mukjizat Allah S.W.T iaitu
Al-Quran diturunkan..dan malam itu lebih baik dari 1000 bulan..
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam
kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan
itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat
dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr:1-5)
No comments:
Post a Comment