"Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.
Bahan-bahan:- Ikan pari - 10 keping 1/2 biji nenas buang kulit dan potong menjadi kepingan 3 batang bunga kantan - dibelah dua Daun kesom - optional Air asam jawa (sedikit) 2 batang serai diketuk Sedikit gula
Bahan kisar : 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Segenggam cili kering 1 inci belacan 1 inci halia
cara-cara:- Tuangkan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bahan2 kisar tersebut hingga garing, masukkan serai semasa menumis. Apabila garing, masukkan air dan kepingan nenas serta asam jawa. Terus masukkan bunga kantan dan daun kesom tadi. Apabila mendidih masukkan pula ikan pari, garam dan gula secukupnya. Renih sehingga pari betul-betul masak.
No comments:
Post a Comment