Pages

30 September 2015

Takoyaki

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

Takoyaki
========

Isi untuk takoyaki ini boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda seperti isi ayam, keju dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN:

* 250gm tepung takoyaki | boleh didapati di pasaraya
* 500ml air
* 2 biji telur
* Mayones
* Kepingan ikan secukupnya


BAHAN ISI:

* 50gm sotong kurita (octopus) | dipotong kecil
* 50gm isi udang | dipotong kecil
* 3 batang sosej | dipotong kecil
* 2 batang jejari ketam | dipotong kecil
* 2 tangkai daun bawang | dihiris halus
* 2 helai kubis | dicincang halus

BAHAN SOS TAKOYAKI:

* 1 cawan sos tomato
* 3/4 cawan kicap cair
* 1/4 cawan air asam jawa
* 1 sudu cuka
* 2 cm halia
* 1 ulas bawang putih
* 3/4 cawan gula


CARA MEMASAK:

1. Sos: Campurkan kesemua bahan dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. Ketepikan.

2. Takoyaki: Panaskan acuan takoyaki dan sapukan dengan sedikit minyak.

3. Kemudian bancuh tepung takoyaki, telur dan air secukupnya. Gaul sebati.

4. Seterusnya sudu adunan ke dalam acuan dan masukkan bahan isi mengikut cita rasa.

5. Dengan segera sudu adunan untuk menutupi adunan mengandungi isi tadi.

6. Balik-balikkan takoyaki menggunakan lidi menjadi bentuk bulat dan biarkan masak seketika.

7. Akhir sekali, paipkan sos takoyaki dan mayones. Taburkan kepingan ikan secukupnya.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Bebola Kentang Cheese

share dari link fb ~ Resepi Bonda

Bebola Kentang Cheese

Bahan-Bahan:

300gm kentang dikukus dan dilecek
2-3 sudu mkn susu tepung
1 biji kuning telur
1/4 st serbuk lada sulah
1 sb butter tanpa garam (kalau guna mentega biasa, kurangkan garam)
1/2 st garam
tambahan sedikit tpg gandum (jika perlu sekiranya adunan melekat pada tangan)
kiub keju secukupnya

Bahan Salutan –

2 biji putih telur dikocak sedikit
serbuk roti
Minyak untuk menggoreng.

Cara Menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga tidak melekat pada tangan. Sekiranya melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.


2. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan kiub keju. Buatkan bebola sehingga habis.

3. Golekkan bebola keju tadi ke dalam serbuk roti. Kemudian celupkan pula dalam putih telur dan digolek sekali lagi dalam serbuk roti.

4. Goreng dalam minyak penuh dengan api yang serdahana sehingga bebola tadi masak.

5. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

23 September 2015

Resepi Daging Briyani

share dari link fb ~ Resepi Sheila Rusly

Resepi Daging Briyani

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara Penyediaan:

Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Dipetik dari note syarahan Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid tentang Hari Arafah.

share dari link fb ~ Pencinta Rasulullah(saw)

Dipetik dari note syarahan Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid tentang Hari Arafah.

Hari arafah, diberi nama adalah merujuk kepada sebuah tempat yang menjadi milik Allah tak boleh dijual belikan. Ianya waqaf dari Allah, tak boleh bangunkan apa-apa bangunan disana, ianya diberi nama Arafah yang beerti kenal, disitu ummat manusia menyedari tangungjawabnya kepada Allah sebagai Tuhan Segala Makhluk. Semua manusia pernah di ambil sumpah oleh Allah disana. Allah berfirman:

7:172
------------------
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

Tempat pengambilan itu di Tanah Arafah. Supaya kita Mengingati janji itu sampai ajal datang kepada kita.

Sebab kedua, disitu tempatnya jumpa antara Adam dan Siti Hawa. Padang arafah bukan tempat nak beromantik, atau mencari jodoh, ianya tempat kita berikrar kepada Allah.

Sebab ketiga adalah, Nabi Ibrahim ketika di Kota Makkah, membangunkan Kaabah, lalu diajarkan cara membuat haji oleh Jibril, lalu jibril tanya kamu tahu cara membuat Haji, lalu jawab ibrahim araftu( Saya Tahu ). Maka di ambil nama arafah dari peristiwanya itu.

Orang yang berpuasa hari arafah, di hapuskan dosa di tahun depan dan di tahun akan datang.

Hari Arafah Doa pada waktunya adalah mustajab. Kata Nabi, Doa yang paling baik adalah pada hari arafah dan Doa paling baik itu adalah

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)

share dari link fb ~ Adnilsam Apat

RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)

Bhn2: 

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)
3/4 tin susu cair
1 biji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar ( optional)
Segenggam bawang goreng 
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
2 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...
Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...
Masukkan kismis...
Kacau rata...
Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...
Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...
Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..
Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2....
Dalam gambar ni saya masak utk 40org makan..

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

22 September 2015

HANG NADIM BIN HANG JEBAT

share dari link fb ~ Cindai Arjuna

HANG NADIM BIN HANG JEBAT

Nama asal beliau ialah Nadim Bin Jebat dilahirkan pada tahun 1436M di Pulau Besar Melaka. Bapanya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapanya dibunuh, ibunya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar.

Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang diketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakannya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau diserahkan kepada Hang Tuah untuk dididik. Anak yatim ini dididik oleh Hang Tuah seperti anaknya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini dididik dengan ilmu agama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar.

Setelah dewasa, Hang Nadim dikahwinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana diserahkan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.

Pada tahun 1510M satu peristiwa fitnah besar yang dahsyat berlaku. Pada khianat orang Tamil Muslim terjadinya Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;

1- Bendahara Tun Mutahir.
2- Temenggung Tun Hasan anak Bendahara Tun Mutahir.
3- Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara Tun Mutahir.
4- Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara Tun Mutahir /Besan beliau.

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi ilmu agama.

Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Di masa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliaulah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina, Tamil Muslim dan segelintir pedagang Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN.

Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah akan tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan PETA Kota Melaka. KOTA MELAKA bukan A FAMOSA. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Famosa terus ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulunya laut, masih ada lagi sisa-sisa Kota Melaka.

Setelah Melaka kalah, Sultan dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari ke arah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi. Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap disatu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh.

Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “GHAIB HILANG” seperti juga riwayat Hang Tuah.

Dimasa itu, Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendaharanya ialah Tun Seri Lanang. Dikatakan oleh orang-orang tua dahulu kala Makam Laksamana Hang Nadim berada di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahandanya tapi sukar dibuktikan. Dulu, kawasan di sekeliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama dan tidak diketahui siapa yang dikuburkan disitu. Tetapi sangat sayang sekali, sekarang makam kuburan ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.

Akan tulisan didalam kitab Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultanan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis boleh dirujuk. Ungkapan “Hang” adalah gelaran pangkat kebesaran yang di beri oleh Sultan Mansor Syah kepada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura.

Ini versi ke dua dari cerita riwayat Hang Nadim ada pula versi pertama dan ramai orang maklum adalah kisah Hang Nadim dan Temasik (Singapura) dilanggar ikan todak. Apakah ia orang yang sama atau dua orang yang kebetulan mempunyai nama yang sama.

Wallahualam

 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

21 September 2015

Tandoori Ayam

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

Tandoori Ayam
============

Selain paha ayam, boleh juga menggunakan bahagian dada ayam.

BAHAN-BAHAN:

6 ketul paha ayam
4 cm halia | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2 sudu makan cili boh
Sedikit garam
1 sudu makan cuka
30 gm garam masala
100 gm dadih
Sedikit pewarna merah | dibancuh sedikit air
40 gm serbuk lada putih
1 biji bawang besar | dihiris
10 gm daun pudina
1 biji limau nipis | ambil jusnya


CARA MEMASAK:

1. Gaul ayam dengan halia, bawang putih dan sedikit garam.

2. Campurkan cuka, garam masala, lada putih dan dadih.

3. Masukkan sedikit pewarna merah dan cili boh. Gaul sebati dan perap semalaman atau sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dipanggang.

4. Panggang hingga ayam masak dan perah jus limau ke atasnya sebelum dimakan. Enak dinikmati bersama nasi atau roti nan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kek Keju Tiramisu

share dari link fb ~ Aneka Resepi Kek

Kek Keju Tiramisu

Bahan-bahan

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
250ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2. Satukan gula, cheese dan cream

3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

4. Potong kek pada 3 bahagian

5. Susun 1 bahagian dalam bekas

6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek

7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek

8. Susun lagi bahagian yang selebihnya

9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...

10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Jus Limau Kasturi Untuk kempiskan perut..





share dari link fb ~ Cyabeauty Ng 
Jus Limau Kasturi
Untuk kempiskan perut.. 
Bahan2:
1. 5 biji limau kasturi (Jus sahaja)
2. 4 biji limau kasturi (Buang biji,blend sekali kulit)
3. 1 biji oren sunkist
4. 1 biji epal hijau
5. Gula sikit je
6. 4 biji asam boi
Cara2:
1. Blend kesemua bahan 1-5 je..
2. Tuangkan ke dalam gelas.
3. Masukkan asam boi & ais
Selamat mencuba!!!
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/