Pages

30 November 2014

Hakikat ilmu: "Yang membezakan seorang manusia dgn manusia yg lainnya adalah ilmu.

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Manusia yg berilmu, mereka akan diangkat darjat mereka oleh Allah Taala. Bagaimana caranya mahu punya ilmu dan diangkat darjat oleh Allah Taala? Ambillah ilmu itu drpd para ulama. Sebelum ulama wafat maka rapatlah dgn ulama kerana bilamana kita jauh drpd ulama maka kita tidak akan dibangkit bersama mereka di akhirat kelak. Berkata Al-Imam Al-Haddad: " Siapa yg berkumpul dgn orang yg baik, maka dia akan dikumpulkan bersama orang yg baik walaupun pd awalnya dia orang yg jahat. Siapa yg berkumpul dgn orang yg jahat, maka dia akan dikumpulkan bersama orang yg jahat walaupun dia drpd orang orang yg baik. " Maka rapatkan dirimu dgn ulama. Ambillah ilmu dr mereka dgn adab samada ulama itu sudah wafat ataupun tidak. Orang yang dia tidak mahu sabar dalam mencari ilmu.. Maka dia akan hidup dalam kejahilan selama dia hidup.. Orang yang mencari ilmu mesti sabar susah payahnya, jauhnya (perjalanan), mungkin lewat malamnya juga.. Maka dia akan mendapatkan hakikat daripada ilmu yang akan diberikan oleh Allah SWT lebih daripada yang dia tidak belajar.”

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Mertabak Roti Cheesy.

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Apa menu faveret korang? Adehh. Waktu taip menu ni pun air liur Cik Nah dah meleleh. Apa kata kita try menu baru. Mertabak Roti Cheesy. 

Alaaaa... Pakai apa lagi, roti gardiner la. Hehe. Apalagi! Jom tengok cara buat! 

Bahan-bahannya
12 keping roti Gardinier
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus 
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba

SILA KONGSIKAN DGN RAKAN2 ANDA KLIK SHARE

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Pengertian ilmu tasawwuf...

share dari link fb ~Ady Putra

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

pengertian ilmu tasawwuf...

Ilmu tasawuf ialah ilmu yang khusus untuk membersihkan hati. Ilmu yang dengannya dapat membersihkan batin daripada segala kekotoran. Mendalami ilmu tasawuf sehingga jiwa kita jadi bersih merupakan tuntutan fardhu ain. Bermakna ianya wajib dipelajari. Belajar ilmu tasawuf akan mampu membersihkan hati, menyucikan jiwa dan melepaskan diri dari segala sifat-sifat kekurangan.

Sesuatu amal itu bertitik-tolak dari ilmu. Mesti ada ilmu untuk membuahkan amal. Tanpa ilmu, sesuatu amal itumenjadi tidak sah; contoh dalam solat tidak sekadar harus tahu tertib solat tapi mesti tahu rukun solat. Bila elok solat hasil gabungan ilmu fekah dan tauhid namun ianya masih tidak sempurna bila masalah hati belum selesai. Itu sebab yang nak kena belajar ilmu tasawuf. Ia dapat membersihkan batin dari segala kekotoran. Mesti berusaha mencari guru yang mursyid yang boleh mendidik hati manusia sebab ilmu tasawuf ada disiplin-disiplinnya, mesti melalui jalan yang betul. Ia bukan boleh diukur setakat luaran, bukan hanya sekadar dilihat melalui cara berpakaian seperti jubah, serban dsb tapi lebih daripada itu.

Melalui ilmu tasawuf, kita dapat mengetahui cara2 menyucikan batin. Melaluinya kita akan dapat mengenal bagaimana sifatnya; hasad dengki, menipu, suka pada pujian, sombong, riak, marah, tamak, batil, menghina orang miskin sebaliknya memuliakan orang kaya dsb.

Menipu di sini bukan menipu hanya pada lisan tetapi termasuk menipu watak contoh; depan orang tunjuk baik, warak, bercakap lemah lembut, dermawan dsb namun watak sebenar di belakang orang adalah sebaliknya. Suka pada pujian pula ialah bila orang puji senyum sukahati namun bila dicela marah. Jika bersih hati, orang puji dan orang cela, rasa sama saja takde beza.

Menghina orang miskin dan memuliakan orang kaya itu juga lumrah dalam kehidupan. Bila dengan orang miskin, nak bersalam pun hujung-hujung jari misalnya sebaliknya bila berhadapan dengan orang kaya dari jauh lagi cepat2 hulurkan tangan nak bersalam. Begitulah kita bila menghadapi orang kaya, kita bagai memuliakan dia sedangkan dia sendiri bagai rasa kita berhajat padanya. Berbeza bila kita pandang orang miskin, kita bagai pandang sepi sebab rasa tiada apa-apa yang ada padanya. Sesungguhnya yang menyebabkan seseorang itu mulia di sisi Allah ialah sebab ciri-ciri yang Allah pilih yang ada padanya. Orang miskin yang tawadhuk dan merendah diri jauh lebih mulia di sisi Allah berbanding orang kaya yang sombong dan meninggi diri. Allah pandang pada hati manusia.

Ilmu tasawuf mampu mengosongkan sifat2 kekotoran dalam diri seseorang. Ustaz bagi contoh kisah seorang sahabat ra iaitu Ibnu Mas'ud yang pada suatu hari semasa keluar dari masjid telah mendapati sebelah dari seliparnya hilang. Selepas mencari ternyata tiada maka Ibnu Mas'ud telah berdoa ke hadrat Allah dengan doa... Ya Allah jika orang yang mengambil selipar itu memang berhajat kepadanya maka berkatilah dia ya Allah namun jika dia memang berniat jahat melakukan perkara itu maka kupohon agar kau jadikanlah dosanya itu sebagai dosa yang terakhir baginya..." Subhanallah... mari kita bertanya diri kita sendiri jika perkara yang sedemikian berlaku pada kita, adakah kita mampu berdoa dengan doa semacam itu. Mampukah kita berlapang dada dan bersifat redha bila kehilangan apa2 yang menjadi milik kita?

Jelas doa yang sebegitu hanya dapat dilafazkan oleh orang yang bersih hatinya, yang redha bahawa semua yang terjadi adalah dalam kuasa Allah. Tidak ada suatu pun perkara yang terjadi di luar pengawasan Allah. Allah yang gerakkan hati terhadap setiap tindakan dan perlakuan. Jika kita faham dan mengerti akan hakikat itu maka kita akan sentiasa redha atas setiap apa yang berlaku dari sekecil-kecil perkara. Sebagai contoh: semasa kita sedang khusyuk mendengar di majlis ilmu datang seseorang yang sering sendawa. Suara sendawa beliau terus mengganggu fokus kita yang sebelum itu begitu asyik dan tekun mendengar kuliah. Fikirkan, siapa yang hantar orang itu kepada kita yang sedang selesa duduk mendengar? Orang itu tidak akan bangun bergerak sendiri datang, melainkan semua dari Allah. Maka belajar redha dengan setiap apa yang berlaku. Pasti ada hikmah yang terkandung dari setiap peristiwa, mungkin Allah nak duga bagaimana keadaan kita menghadapinya, sabar atau tidak... Wallahu'alam

Di antara ciri-ciri hati yang bersih ialah tidak memandang dosa2 yang kita buat itu kecil. Pandanglah pada siapa kita lakukan dosa. Harus sedar kita berdosa kepada Allah, yang kita sebagai hamba Allah tak selayaknya melakukan itu. Tapi tiba-tiba kita buat salah kepada-Nya. Maka perbanyakkanlah istighfar. Jangan tak rasa takut, jangan tak rasa apa-apa bila tersilap buat dosa. Tanya diri kita, adakah sering kita beristighfar?? Janganlah sampai mengucap istighfar 100 kali sehari pun kita tak mampu nak buat. 

Hiasi jiwa kita dengan sifat takwa. Bila nak melangkah mengadap Allah, kena bersihkan diri. Perlu kepada bersih. Ibarat kita nak keluar bekerja, kita mandi bersih2, pakai baju bersih, pakai bau-bauan setiap hari. Jika baju tak berganti, tentu lah kita akan berada dalam keadaan yang kotor dan tak bersih. Untuk bersih diri dan hati, taubat mesti duduk di tempat pertama. Nak taubat kena ada rasa kita tu ada dosa pada Allah. Bila rasa berdosa, kita akan mohon taubat dengan sungguh-sungguh InsyaAllah. Kerapkan istighfar. Istiqamahlah kita dalam melakukan amalan ketaatan beserta ikhlas dan redha dengan setiap apa yang terjadi.

Jangan kita nampak elok hanya pada zahir. Kalau solat dah cantik sebab belajar fekah tapi hakikatnya ia masih belum sempurna sebab bab hati atau batin belum selesai. Jika ada 'hasad' satu saja pun dalam diri kita, ianya sudah mampu membatalkan pahala ketaatan kita pada Allah Taala... nauzubillah. 
Orang lain boleh melihat zahir kita baik. Kita mungkin nampak mulia di mata orang namun kita tidak dapat sembunyikan diri dari Allah. Bagaimana hati kita, hanya Allah Taala yang tahu.

Maka usaha bersihkan hati. Belajar ilmu tasawuf. Jalan tasawuf akan membawa manusia kepada Allah Taala. Jangan kita jadi seperti lebah jantan umpamanya yang ligat di siang hari namun pada malamnya dah malas dan penat. Sebagai hamba Allah jangan kita hanya cergas di siang hari, berhempas pulas bekerja namun bila malam hari kita dah jadi tak larat, malas dan penat untuk bangun beribadat kepada Allah.

Istiqamahlah dalam perjalanan menuju Allah. Kalau perjalanan sukar, kena azam, kena sabar, mujahadah sehingga diri selamat dari murka Allah. Hendaklah kita melalui jalan kebenaran. Jangan terpedaya, jangan rasa putus asa. Mohon pertolongan Allah dalam usaha untuk sentiasa menyucikan hati kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan bantuan Allah... 

Aamiin...
 —
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Tausiyah Ummu Salim Al Haddar (isteri habib Umar bin Hafidz) di Pantai Dalam 5 Safar 1436H (27/11/2014)

share dari link fb ~Cahaya Kesaksian

Tausiyah Ummu Salim Al Haddar (isteri habib Umar bin Hafidz) di Pantai Dalam 
5 Safar 1436H (27/11/2014)

-Bismillah.. Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad wa Ala Alihi wa Sohbihi wassalim...

-"Orang yang paling dekat dengan ku di hari akhirat adala orang yang banyak berselawat kepada ku" 

-paling minima bg seorang muslim adalah sebanyak 600x jangan lupa menyebut sahabat  

-Sayyidah Fatimah bt Muhammad SAW , pada hari jumaat beliau bermunajat kepada Allah sehingga org lain tidak tahu di mana kah beliau. 

-para2 solihin menunda doa
mereka dan tangguh kan doa mereka tunggu sehingga pada malam jumaat untuk berdoa  

-barang siapa yang mengagung apa yg di agungkan oleh Allah , maka Allah memandangnya dengan penuh kasih sayang. 

-Jika kita nak naik kan darjat pada pangkat ehsan , perbanyak kan bertaubat, mendalami iman pada Allah , setiap org mukmin kene sentiasa memperbaharui iman mereka dgn kalimah lailahaillah Muhammad Rasulullah..bagi yg ingin mendapat jalan redha dengan melalui jalan Rasulullah SAW.. 

-khusus di malam jumaat dan hari jumaat memperbanyak kn selawat , bersabda Rasulullah SAW Sesiapa yang terdekat dengan ku adalah org yg berselawat pada ku" 

-mengikuti perilaku beliau, membuat amal perbuatan sunnah, melakukan apa yg di laku kan oleh Rasulullah SAW, dengan solat sebelum dan selepas, melakukan solat sunat rawwatib, kesunnahan di ddalam wuduk, cara masuk bilik air, cara tidur beliau dan contohi beliau.. 

-Barangsiapa yg memakan benda yang haram, maka sejurus dia sudah bermaksiat kepada Allah sama ada rela atau pun tidak. 

-Ambil yang tenang dan tinggalkan yang ragu2.. ikut lah yg wara' 

-IBU2 kita adalah para2 isteri Rasulullah SAW , semasa Rasulullah SAW melakukan umrah bersama isteri2 beliau, semasa di dalam ihram, Rasulullah SAW memerintah kan kpada isteri2 beliau suruh menutup mukanya, apabila tiada lelaki.. baru lah mereka membukanya, jika ada lelaki maka mereka akan menutupnya kembali. 

-jika setiap manusia apabila ada 'takwa' di dalam hati , maka ! orang tersebut akan meremehkan dunia .

-Dakwah yg paling baik ialah dgn amal perbuatan

-Siti Fatimah mencontohi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW;baik dlm lisan mahupun amal perbuatan.

-Barangsiapa yg m'agung2kan keagungan ALLAH SWT, ALLAH akan anugerahkannya segala kebaikan

-ALLAH SWT melihat hati kita. TAQWA adalah dlm hati kita, 
RASULULLAH SAW menyebutnya 3x dgn meletakkan tangan baginda di atas dada baginda SAW 

-Sentiasa bersihkan hati kita, salah satu caranya hendaklah seorang Muslim sentiasa 'refresh' ucap 2 kalimah syahadah, memahami mendalami maksud 2 kalimah syahadah boleh mencegah kita drpd maksiat.

-Org yg akan bersama RASULULLAH adalah org yg byk berselawat & mengamalkan sunnah baginda SAW e.g selain dr mengamalkan yg fardu, istiqomah amalkan yg sunnat cth solat rawatib, cara amik wudhu ikut sunnah, amalkan doa bg setiap perkara/pergerakab, tido ikut sunnah dn sbagainya...

-Mencari ilmu adalah wajib bg setiap Muslim, amalkan & sampaikan sebarkan. Ini akan dpt keredhoan ALLAH & mengembirakan akan RASULULLAH

-Dirikan solat di awal waktu dgn khusyuk. Hendaklah kita memahami apakah itu solat

-Sebelum mengamalkan sesuatu, hendaklah kami mengkaji mendalami memahami sbg persiapan cth sblm kita pergi haji sblm Ramadhon etc, ALLAH menghujani rahmat kpd hambaNya spjg tahun, kita perlu siapkan diri kita utk menempatkan rahmat itu. 

-PENTING utk kita tahu tarikh ikut calendar Islam utk kita peka terhadap bulan2 ttu yg diagungkan ALLAH SWT

-Akhir zaman hendaklah kita berusaha menjaga makan minum yg betul2 halal lagi baik. Tinggalkan ready food, sediakan masakan sendiri & biasakan diri dgn berzikir berselawat sambil masak/sediakan makan minum

-Selawat yg sempurna yg berkat adalah selawat dgn adanya 'Al' Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wassalim

-Barangsiapa yg hidup dgn 1 kebiasaan akan mati dgn 1 kebiasaan itu; Barangsiapa yg mati dgn 1 kebiasaan akan dibangkitkan dgn kebiasaan itu. 

-Dunia adalah jalan menuju ke akhirat; KUBUR adalah RUMAH TERAKHIR kita di dunia RUMAH PERTAMA kita di akhirat...

*Perkongsian dari catatan Sahabat
(moga Allah ganjarkan dengan sebaik2 ganjaran)
*sebarang kesilapan menyalin, tolong betulkan semula insya'Allah..

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

26 November 2014

Apa yang mesti kita lakukan sebagai ahlussunnah dalam menghadapi kelompok sempalan Wahabi Salafi? Mari lihat penjelasan singkatnya yang disampaikan oleh Guru Mulia Al-Habib Umar bin Hafidz Yaman.

share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Apa yang mesti kita lakukan sebagai ahlussunnah dalam menghadapi kelompok sempalan Wahabi Salafi? Mari lihat penjelasan singkatnya yang disampaikan oleh Guru Mulia Al-Habib Umar bin Hafidz Yaman.

Pertanyaan:

Bagaimana kita menyikapi kelompok Salafi atau Wahabi? Apakah tidak perlu berdebat dengan mereka sementara mereka salah dalam masalah furu’ dan usul? Seperti seringkali mereka mengatakan, ini bid’ah, sesat, ahli neraka. Bagaimana boleh kita membiarkan mereka sementara banyak orang mulai tertarik dengan mererek? Bagaimana semestinya kita menyikapi mereka?

Jawaban Guru Mulia Al-Habib Umar bin Hafidz:

Adapun penjelasannya adalah bahwa mereka semua sama seperti yang lainnya dari aliran-aliran yang sudah kita terangkan tadi yang merupakan aliran-aliran sesat dan keluar dari jalan yang benar.

Tugas kita terhadap mereka adalah memberikan penjelasan yang baik, memperjelas dan mengukuhkan nas dan dalil bagi umat serta menerangkan kepada masyarakat di pesantren-pesantren kita, sekolah-sekolah, masjid-masjid, begitu juga pada saat pelajaran dan ceramah yang bersifat umum tanpa perlu menyebut nama-nama mereka atau pengikut mereka mahupun organisasi dan massa mereka. Kerana mereka tidak utama bagi kita untuk membuang tenaga kita hingga harus disebut-sebut di mimbar-mimbar atau pun di masjid-masjid kita. Kesibukan kita merespon hal itu, merupakan hal yang diinginkan oleh para musuh Allah yang mereka mulai semenjak mereka ciptakan isu tersebut untuk mengganggu konsentrasi kita. Kerana mereka datang tidak sendirian, di belakang mereka itu ada lembaga-lembaga pendidikan yang didukung dana dan berbagai program yang terencana yang bersumber dari musuh besar umat Islam.

Mereka muncul kerana umat Islam di Asia Tenggara majoriti adalah dari kalangan Syafi’iyyah dan Asy’ariyyah. Jika mereka konsisten menjalankan ajarannya maka akan tegak kukuh ajaran Islam tanpa ada masalah. Tentunya hal ini adalah tidak mereka sukai, lalu mereka menyusupkan kaki tangan mereka dari kalangan umat Islam yang mensyirikan umat Islam, membid’ahkan dan menganggap mereka sesat, mengangkat dan merendahkan mereka.

Kita bertugas menunaikan kewajiban kita dengan memberikan penjelasan dan memaparkan dalil-dalil bagi diri kita, keluarga kita, kalangan pesantren dan masjid kita serta siapa pun yang mahu mendengarkan tanpa perlu menyebut nama-nama mereka dan massanya dan tidak perlu membuka peluang perdebatan yang tidak produktif. Kalaupun kita harus berdebat, maka kita akan mendebat mereka dengan cara yang terbaik, tidak perlu sampai panik hingga terjadi keributan sampai bergaduh menggunakan fizikal kita.

Cukup dengan memberikan penjelasan yang santun. Tentunya hal ini (kesantunan) tidak kita temukan pada mereka. Mereka tidak akan pernah berdialog dan berdebat denganmu dengan santun, kerana mereka terbiasa terdidik untuk tidak bersopan santun. Oleh karena itu, jika ada orang yang tidak pandai berdebat dengan baik maka jangan engkau layani. Sampai ada yang mengerti debat dengan cara yang baik, baru kita layani dengan yang lebih baik lagi. Kalau tidak, maka kita hindari saja.

Namun, jika ada diantara mereka yang berbicara di satu forum dan kita ada di sana maka kita wajib meresponnya dengan memberikan penjelasan kepada para pendengar. Selagi di majelis memang ada yang mendengarkannya dan mengambil manfaat maka kita harus menjelaskan kepadanya permasalahan yang sebenarnya. Kita tentunya menjelaskannya dengan adab yang santun dan mereka dengan ketidaksantunan mereka. Biarkan mereka berbicara dengan tidak santun tapi kita harus tetap berbicara dengan santun.

Nabi Isa bin Maryam saat menjawab tohmahan orang Jahil yang mencacinya, Beliau, Nabi Isa mendo’akan kebaikan untuknya. Lalu Si Jahil mencaci lagi, kemudian Beliau membalasnya dengan do’a kebaikan. 

Lalu dicaci lagi untuk ketiga kalinya, tetap saja Beliau mendo’akannya. 

Kemudian berkata salah seorang Hawariyyun, pengikutnya: “Wahai Ruhullah, Wahai Nabi Isa, orang ini tidak memujimu atau memberi kebaikan untukmu. dia mencacimu lalu engkau mendo’akannya?

Jawab Isa as .. “Setiap orang memberi apa yang dia miliki“, jawab beliau. “Setiap orang memberi apa yang dia miliki. Dia hanya memiliki itu (cacian) dan saya memiliki ini (do’a)“.

Ahlussunnah memiliki adab sopan santun sementara mereka adalah orang-orang yang tidak mengenal adab sopan santun. Pada akhirnya nanti Allah akan munculkan pula orang-orang yang akan menandingi mereka. Level para ulama tinggi dan tidak layak berhadapan dengan mereka. Sementara mereka yang tidak santun nantinya akan dilawan pula dengan orang-orang yang sama tidak santunnya yang akan menghadapi dan memberikan pelajaran kepada mereka.

Berkata al-Imam Ja’far Shodiq: ‘Tersesat, orang yang tidak mempunyai seorang guru yang membimbingnya dan terhina orang yang tidak memiliki orang lancang yang membelanya. Kalau ada orang bodoh datang mendebat, biarkan dihadapi pula oleh orang yang lancang dari kelompok yang benar. Orang-orang bodoh dan kelompok sesat tidak seharusnya dihadapi oleh ulama dan cendekiawan dari kelompok yang benar. Orang bodoh dari aliran sesat biar dihadapi oleh pendukung ajaran yang benar yang sama lancangnya.

Mereka menyadari Allah akan melindungi kita dari keburukan dan marabahaya yang mereka rencanakan. Kita harus tetap konsisten memberikan penjelasan dan memantapkan dalil dan membina dengan baik putra putri kita tanpa perlu membuka peluang untuk debat hingga akhirnya kita terjebak dengan kesibukan yang diciptakan oleh musuh-musuh kita. Kita tunaikan kewajiban kita dalam urusan ini dan menjelaskan jalan yang benar.

Jika ada satu isu diangkat di depan kita, maka kita respon dengan cara yang terbaik. Jangan sampai kita lupa akan tugas kita yaitu membina hubungan masyarakat yang harmoni dengan Allah. Jangan sampai kesibukan isu itu membuat solat kita tidak khusyu’, mengabaikan perbuatan berbakti kepada keuda orang tua atau pun kurang silaturahim. Tidak! Ini tidak boleh terjadi, jangan biarkan hal ini menyita perhatian masyarakat hingga melupakan tugas ulama yang Allah bebankan kepada mereka.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

25 November 2014

Ustazah Norhafizah Musa ada nasihat berguna untuk menjadi ibu yang terbaik.

share dari link fb ~Anugerah

Ustazah Norhafizah Musa ada nasihat berguna untuk menjadi ibu yang terbaik.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

DOA NABI AYUB AS

share dari link fb ~Klinik Rawatan Islam Nur Isyraq

DOA NABI AYUB AS

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. 

(Surah Al-Anbiya : ayat 83) 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

24 November 2014

Ini dunia hanya singgah untuk kamu melintasi ke akhirat sahaja.Dengan hartanya,kerjanya,keluarganya semuanya hanya R&R .

share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid :

"Jadilah kamu didunia ini seumpama kamu orang asing atau orang yang sedang melintasi tempat persinggahan " .

Ini dunia yang ada penuh dengan pelbagai macam yang menarik perhatian kita,orang kalau hari raya balik kampung yang singgah di R&R itu,adakah dia akan duduk disitu,tidur disitu?pasang khemah disitu? .

Ini dunia hanya singgah untuk kamu melintasi ke akhirat sahaja.Dengan hartanya,kerjanya,keluarganya semuanya hanya R&R .

Orang kalau bermusafir berbeza dengan orang yang mahu berpindah,orang yang bermusafir dia akan bawak bekal secukupnya,dia takkan bawak bekal berat-berat,seboleh mungkin nak diringankan .

Seperti itulah kita didunia ini,yang mana ianya hanya tempat persinggahan/musafir untuk kita untuk menuju ke akhirat.

-Wallahu 'Alam-
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

PIZZA SARDIN DAN SOSEJ

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

PIZZA SARDIN DAN SOSEJ

BAHAN DOH PIZZA :
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :
UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.

-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Jangan hanya mendiamkan diri apabila ahli sufi yang benar dihukum SYIRIK dan SESAT !

share dari link fb ~Ibnu Nafis

Jangan hanya mendiamkan diri apabila ahli sufi yang benar dihukum SYIRIK dan SESAT !

Oleh Habib Ali Al Jufri - 

Walaupun ada yang mempergunakan kalam Ibnu Taimiyyah untuk mengecam ahli sufi, beliau tetap memuji tasawwuf dan merasa terhormat dirinya memiliki hubungan sanad dengan Imam Abd Qadir al Jailani. 

Ibnu Qayyim yang sering dijadikan peluru untuk menembak ahli sufi, malah menulis tiga jilid kitab tentang tasawwuf iaitu Madarij al Salikin fi Syarh Manazil Sa'irin. Imam Ahmad bin Hanbal menulis Kitab al Zuhd. Imam hafiz az Zahabi menulis Siyar A'lam an Nubala' yang bukan hanya mendedahkan biografi Imam hadith tetapi juga para imam besar tasawwuf contohnya Ma'ruf al Kurkhi begitu juga kitab Sifat as sofwah karya Imam Ibn Al Jauzi.

Begitulah keadaan para ulama hadith yang bergelar al hafiz yang kadang-kadang mereka tuduh benar, kadang-kadang salah. Bahkan ketika bersangkutan dengan aqidah, mereka katakan para ulamak salafussoleh itu salah semuanya. Jadi menurut mereka, aqidah Ibnu al Jauzi itu salah. Aqidah Imam an Nawawi itu salah, kerana ia menulis sejarah hidup guru-gurunya yang meriwayatkan hadith sampai kepada Imam Muslim dan menyebut mereka sebagai sufi. Aqidah Imam az Zahabi salah. Aqidah Imam al Suyuthi salah. Demikian pula aqidah Imam as Subki, imam As Sakhawi, Imam Ibn Hajar serta imam mazhab yang merujuk kepada kaum sufi dan memegang ucapan-ucapan mereka untuk melembutkan hati. 

Jika mereka menuduh kaum sufi itu syirik dan sesat, bererti mereka tidak percaya kepada al Quran dan hadith yang ada sekarang. 

Kenapa ? 

Kerana seluruh sanad dan rantaian riwayat al Quran dan hadith yang sampai kepada kita sekarang penuh dengan ahli sufi. Setiap periwayatan bacaan al Quran yang tujuh (qira'ah sab'ah) atau yang sepuluh (qira'ah 'asyarah) pasti di dalamnya ditemukan imam sufi. 

Sesiapa yang boleh menyemak sohih Bukhari dan Sohih Muslim serta kitab-kitab hadith yang lainnya tanpa melalui perawi yang bukan sufi ? Jika ada yang mengatakan (ahli sufi) itu musyrik, mereka kafir, dan kita diam sahaja. Ini ertinya bencana akan mengancam generasi setelah kita. Yang mereka tahu tentang para sufi kemudiannya adalah bahawa mereka kafir dan sesat. 

Sekarang ini, kita seperti malas bertindak. Padahal di luar sana, melalui khutbah, kaset, dan buku-buku berbagai kebohongan telah dihembuskan sekelompok orang yang tidak menjaga ketaqwaan kepada Allah ketika berbicara tentang orang-orang soleh. Berbagai tuduhan-tuduhan serong diarahkan kepada kaum sufi. 

Jika ini dibiarkan, tentu generasi setelah kita akan berkesimpulan bahawa hadith dan al Quran yang mereka terima tidak dapat dipercayai kerana diriwayatkan kaum sufi yang mereka ketahui kafir dan sesat. 

Sumber rujukan : dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri, Terbitan Dar al Ma'rifah, Beirut, cet 5, 1428 H/2007M 

Terjemahan : Habib Ali al Jufri, Terapi Ruhani Untuk Semua, Cet II 2012, Penerbit Zaman, Jakarta

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/