Pages

31 October 2014

Resepi Kulit Wantan/Siumai/dumpling

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tahrunnisah Jali added 11 new photos.

Resepi Kulit Wantan/Siumai/dumpling
250gm tepung gandum
80gm tpg ubi kalau takde tepung ubi boleh digantikan dgn tpg jagung

200-220ml air panas mendidih.. 

sedikit garam

1 1/2 sudu besar minyak masak

cara adunan

1. dalam bekas satukan tpg gandum dan tpg ubi atau tpg jagung serta garam serta
minyak masak
2. kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak
lekat kat tangan (mcm buat kulit karipap)
3. uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar dlm 20 minit dlm bekas tertutup
supaya doh tak keras

untuk intinya
2 keping dada ayam*
12 ekor udang dibuang kulit*
2 sudu besar tpg jagung
1 sudu besar kicap cair
1 biji sederhana besar carrot dipotong dadu kecil
sedikit daun bawang sekali ngan batangnya dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk halus
garam, gula
1 biji bawang merah yang bersaiz kecil dipotong dadu
2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
sedikit lada sulah /lada hitam
lada besar dipotong kecik2
sebiji telor ayam (dipukul dahulu)

caranya
1, kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya... hingga hancur
2. masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah perasa
3. masukkan telor , lada sulah minyak bijan, sos tiram dan semua sayur2 kacau
pakai senduk sahaja...


penyediaan siew mai
1. Mula2 kukus dahulu periuk pengukus
2. Sekarang...tabur tpg jagung atas papan pencanai
3. uli doh memanjang kemudian potong sama besar.. kebesaran tu seperti kita
buat kulit karipap..terpulang nak saiz mcmana..saya guna bekas plastik tuk
buat kulit siew mai..saya tekap
4. letak sedikit adunan inti dan mula melipat...cara ada pada gambar..buat sampai
habis... bentuk siew mai terpulang pada anda
5. Lapik siew mai ngan plastik utk elakkan ia melekat pada periuk kukusan..Kukus
siew mai dlm 5-7 minit
6.. jika nak goreng siap dibentuk boleh terus digoreng dlm minyak panas
7. sedia dihidang dengan sos thai atau boleh juga dibuat sup mana2 yang anda
suka..selamat mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Di sini ada 5 petua yang insyaallah boleh bantu hilangkan lemak yang berbau mashem tu.

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Orang badan yang banyak lemak ni selalunya akan keluarkan bau yang tak berapa sedap bila berpeluh. Bau yang mashem2 macam tu. Di sini ada 5 petua yang insyaallah boleh bantu hilangkan lemak yang berbau mashem tu.

1. 1 biji Rambutan dikunyah hingga lumat dan ditelan
2. Keringkan Biji Rambutan dan ditumbuk hingga jadi serbuk. Masukkan ke dalam makanan dan dimakan
3. 2 biji Mengkudu masak dibasuh bersih, diparut, diperah airnya dan diminum. minum 3 kali sehari sehingga ada perubahan pada badan
4. Perah 2 biji Limau Nipis ke dalam secawan teh pekat dan diminum ketika suam selepas sarapan pagi dan tengah hari. Jangan ditambah gula
5. 2 genggam daun delima diramas dengan sedikit garam dan 1 gelas air masak, diperah lalu diminum 1/2 gelas bagi sekali minum. Lakukan 2 kali sehari.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

《 Blueberry Cheese Tart》

share dari link fb ~Buku Resepi

《 Blueberry Cheese Tart》
oleh:Nurul Aina

Bahan2:
(Crust)
1.tepung gandum 500gm,
2.gula icing 1 cawan,
3.butter 250gm,
4.telur 3 biji (2 buang ptih tlur)
5.esen vanilla 1 sduh kcil,
6 garam 1/2 sudu kcil

(Cheese filling)
*cream cheese(tatura) 500gm,
*gula castor 150gm,
*Butter 50gm,
*telur 2 biji
*blueberry filling(ikut suka hti nak filling apa)

Cara2

*Crust
1) campur gula dan butter.kmudian gaul smua bhn hingga mnjdi doh.
2) tekan kedlm acuan dan bakar separuh masak.(dlm 10mnt mcm tu..)

Cara2 Filling
1) pkul butter,gula dan cream cheese hingga gebu,
2) msukkan telur sdkit2.
3) msukkan kedlm acuan tart yg da di isi sedikit jem blueberry,
Untuk coraknya ambik sedikit adunan cheese letakkan sedikit pewarna, guna pencungkil gigi buat 3 garisan melintang kemudian tarik dari atas ke bawah jadila corak mcm dlm gmbar,
4) bakar pd suhu 180°c selama 15 mnit,
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Amalan menghilangkan lupa

share dari link fb ~Majlis Ta'lim An-Nur

Syeikh Soleh ibn Muhammad al-Ja’fari r.h, Imam Masjid Al-Azhar berkata:
“Kami telah diajar semenjak 35 tahun lalu oleh Syeikh Ahmad Maraghah r.h. kaedah untuk menghafaz dan menghilangkan lupa. Iaitu, meletakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat sambil membaca ayat ke-6 dari surah Al-A’laa sebanyak 7 kali.

*ditambah pada bacaan yang terakhir dengan ayat ke-7 surah Al-A’laa

Rujukan: Adab dan Doa Penuntut Ilmu, Dato' Syeikh Muhammad Fuad
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

ROTI KIWI

share dari link fb ~Ida Osman

...selesai la sudah..
ROTI KIWI .. sarapan dh siap
Sedapnya.. bila ada klainan pd roti. Jmput tgk ye..

300gm tpg roti
1 1/2st yis
40 gm gula pasir
2 sb susu tpg 
110ml air
1/2st garam
70 gm kiwi filling
60 gm butter
Sdikit pwrna ijau

Gunakn kaedah 'telaga' tpg yg sy tunjukkn sblm ni
Gaul rata dn masukkn butter srta garam. Uli hngga elastik
Rehatkn 1jm atau hingga naik 2xganda. Bhgikn doh sberat 50gm
Canai dn gulung mmjd lonjong. Susun rapat dlm loyang berglis.
Rehat lg.

Topping
1bj telur pukul plahan dgn
1sb air
Kelapa kering
Sdikit kiwi filling
Sapu egg wash pd permukaan doh. Tabur kelapa kering dn dn pipekn kiwi filling spt yg diingini
Bakar suhu 190..20minit
 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

23 October 2014

Rasulullah ﷺ diutuskan untuk memerdekakan minda,hati dan jiwa..Meletakkan Iman yang tinggi dalam diri menewaskan akal yang terhad.


share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Rasulullah ﷺ diutuskan untuk memerdekakan minda,hati dan jiwa..Meletakkan Iman yang tinggi dalam diri menewaskan akal yang terhad.


Orang beriman akan berfikir dgn akalnya dan bergantung dgn Imannya walaupun sesuatu perkara itu luar dari akal fikirannya..Teknologi Allah ﷻ jauh lebih hebat dari teknologi yang direka manusia. Letakkan Iman sebagai Raja bukannya akal fikiran kita yang terhad.

Apabila seseorang itu menjadi hamba akan akal fikirannya dia akan menolak apa yang disampaikan Rasulullah ﷺ..Akal fikiran manusia kene tunduk kepada wahyu Allah ﷻ..Jangan sesekali melebihkan akal dari Iman.

Orang yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan Allah ﷻ yang berubah-ubah walaupun kita sudah merancang Allah ﷻ maha mengetahui akan segala sesuatu. Dengan Iman kita melihat apa yang akan berlaku lebih jauh yang akan diberi Allah ﷻ

Istiqomahlah dengan Iman,sentiasa kembali kepada Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ walau dengan apa jua keadaan yang diterima..Jagalah Iman..Jangan sampai maruah iman dijual tergadai apabila diduga Allah ﷻ
.
.
-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

KELEBIHAN BERISTIGHAFAR

share dari link fb ~Nana Ina

Assalamualaikum,, selamat malam semua sahabat tercinta 
selamat beristirahat 

KELEBIHAN BERISTIGHAFAR

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa Beristighfar.....maka ALLAH akan memberikan Kegembiraan dari setiap Kesedihannya, dan Kelapangan bagi setiap Kesempitan nya dan memberinya Rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" (Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

"Barangsiapa membiasakan diri untuk Beristighfar….ALLAH akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap Kesulitan." (Hadith Riwayat Abu Daud) 

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sungguh nya ALLAH lebih gembira dengan TAUBAT hamba Nya daripada Kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan Unta nya yang hilang di padang pasir." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

21 October 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


 

Ingredients


cili kering

6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
4 ketul gula melaka
1 kampit garam
buah mangga muda
Instructions

satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis 


1 ~ 
cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...

2 ~
petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...

3 ~ 
rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...

4 ~ 
jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk...

credit to Liza blog
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Orang yang berakal bukan orang yang mempunyai akal, maksud orang yg berakal adalah orang yang mempergunakan Akalnya untuk bertafakkur kepada yang Memberi akal yakni Allah ﷻ

share dari link fb ~ Pencinta Rasulullah(saw)

Orang yang berakal bukan orang yang mempunyai akal, maksud orang yg berakal adalah orang yang mempergunakan Akalnya untuk bertafakkur kepada yang Memberi akal yakni Allah ﷻ 

Tak semua org yang punyai akal gunakan akal kepada tempatnya.

Orang yang tak waras tak tau apa yang dia buat, tapi orang yang waras tapi guna akalnya untuk tidak waras. Dia lebih gila dari orang yang original gila.

Akal ini ertinya al fahmu, maka guna akal ini utk mengetahui kebesaran Allah.

Kemulian yg Allah letak pada manusia adalah akal.
Ia membezakan diantara kita dengan haiwan.

Bila seseorang yang diberi akal tapi tak guna akalnya untuk memahami keagungan Allah, kebesaran Allah, kemuliaan Allah, ianya lebih hina dari haiwan yang tak berakal.

Seseorang yang Bukan tuli, bukan buta, bukan tak waras, semuanya lengkap, tp bila fungsi penglihatan, pendengaran, pemikiran tak digunakan utk memahami Allah, mereka itu sama mcm binatang ternak, bahkan lebih hina dan lebih sesat dari binatang.

Berapa ramai orang yang diberi akal tapi tak mempergunakan akalnya tepat pada tempatnya, nampak macam manusia tapi sebenarnya lebih hina dari haiwan 

wal'iyazubillah

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Majlis Ta'lim Darul Murtadza
17|October|2014
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Renung2kan : Alkisah sebuah kapal...

Renung2kan

Alkisah sebuah kapal...
Kapal yang dinaiki Hamid dan Yusof rosak akibat ribut dan mereka hanya mampu berenang ke sebuah pulau kecil yang bagaikan gurun.
Dua sahabat karib itu tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah swt.
Untuk melihat doa siapa yang lebih kuat dan dimakbulkan, Hamid mencadangkan agar mereka membuat sempadan di pulau tersebut, dan mereka
tinggal berasingan satu di Timur dan di Barat.
Perkara pertama yang mereka doakan ialah makanan. Pagi keesokan, Hamid terjumpa sepohon pokok buah-buahan di dalam kawasan sempadan pulaunya. Buah itu boleh dimakan. Kawasan Yusof tiada ada apa-apa penemuan, tapi Yusof hanya senyum.
Setelah seminggu, Hamid mendoakan agar dapat mendapat pakaian baru untuk ditukar. Besok harinya, ada benda terapung dibawa ombak menghala ke kawasan pulaunya. Ia adalah peti dengan pakaian baru. Di sebelah Yusof, masih tiada apa-apa, namun beliau senyum melihat Hamid mendapat baju baru.
Melihat doanya dimakbulkan, Hamid mula berdoa untuk lebih banyak perkara termasuk rumah, pakaian dan lebih makanan - apa yang diminta semua diperolehi. Yusof masih tidak mempunyai apa-apa selain terpaksa menangkap ikan dan makanan laut setiap hari untuk meneruskan kehidupan.
Akhirnya Hamid mendoakan agar mendapat sebuah kapal untuk meninggalkan pulau tersebut. Besok paginya, betul terdapat satu kapal yang tersandar di tepi pantai kawasannya. Hamid terus menaiki kapal tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan sahabat karibnya Yusof seorang diri di pulau.
Hamid merasakan Yusof tidak layak menerima segala kurniaan Allah padanya kerana doa Yusof sehingga kini tiada satupun yang dimakbulkan.
Akhirnya Hamid meninggalkan Yusof dalam keadaan diam-diam ketika Yusof tidur petang.
Di tengah lautan, Hamid tertidur dan termimpi… Ada suara dari langit…
“Mengapa kamu sanggup meninggalkan kawan baik mu seorang diri di pulau tersebut?”
Hamid menjawab, “Semua doa dia tak dimakbulkan, dia tak layak menerima apa-apa.”
“Kamu tersilap!” kata suara dari langit tersebut. “Yusof hanya ada satu doa, yang dimakbulkan Allah. Jika tak ada, kamu takkan dapat apa yang kamu dapat.”
“Apa dia? Apa yang didoakan Yusof sehingga saya perlu terhutang padanya? Semua ini hasil doa saya sendiri yang kuat,” kata Hamid dengan angkuh.
“Yusof mendoakan agar segala doa Hamid dimakbulkan,” setelah habis kata-kata tersebut Hamid dikejut bangun oleh satu pancaran petir yang kuat.
Hamid menyesal dan terus balik mencari Yusof di pulau tersebut untuk melihat apakah benar Yusof berdoa untuknya.
Setibanya di pulau tersebut, Yusof gembira melihat Hamid.
“Alhamdulilah. Allah Maha Esa, saya bimbang awak hilang, nasib baik Allah mendengar doa aku untuk membawa kamu kembali dengan selamat ke pangkuanku dan memberikan satu kapal kepada kita untuk meninggalkan pulau ini bersama-sama,” kata Yusof.
Hamid tidak mampu berkata apa-apa mendengar kata-kata Yusof seperti apa yang dimimpikannya. Beliau hanya mampu memeluk Yusof dan memohon keampunannya atas segala kezaliman beliau terhadapnya yang tidak disedari sahabatnya.
Wahai anakku,
Jangan ingat perkara baik yang berlaku adalah atas doa kamu sendiri sahaja tapi ia adalah hasil daripada doa-doa anggota jamaah yang lain, rakan kamu yang turut mendoakan kebaikan pada kamu. Hargailah kawan dan jangan tinggalkan mana-mana sahabat dan orang terdekat di belakang.
Senyum...
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

20 October 2014

DOA KEPADA PEMBERI MAKANAN

share dari link fb ~ Aidah Yazid

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabatsss.

 DOA KEPADA PEMBERI MAKANAN 

Ketika kita dijemput makan di rumah, atau berbuka di masjid, atau di tempat orang lain, dan kita diberi hidangan makan dan minum oleh saudara-saudara muslim yang lain, maka kita dianjurkan mendoakan mereka. Sebagai wujud rasa terima kasih kita kepadanya.

Dari Abdullah bin Busr radhiallahu ‘anhu, beliau bercerita:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah singgah di rumah bapakku maka kami hidangkan kepada beliau makanan dan adunan kurma gandum.

Beliau pun memakannya. Kemudian dihidanghkan kurma kering, beliau pun memakannya dan membuang biji dengan dua jari, telunjuk dan tengah. Kemudian disuguhkan minuman dan beliau meminumnya.

Setelah itu, beliau berikan ke samping kanannya. (setelah hendak pergi), ayahku memohon kepada beliau sambil memegang kekang tunggangan beliau: Berdoalah kepada Allah untuk kami. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan:
Ya Allah, tambahkanlah kebaikan kepada mereka atas apa saja yang telah Engkau berikan (rezeki) kepada mereka.Dan ampunilah mereka serta kasihilah mereka.(HR. Muslim no2042) 

☆ Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adzim.
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli ala Saidina Muhammadin wa ala ali Muhammad.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/