31 December 2012

Sungai Nil: Satu Anugerah DariNya


share dari link fb ~Misteri & keajaiban alam

Sungai Nil: Satu Anugerah DariNya

Sungai Nil merupakan sungai yang sangat unik. Umumnya, sungai-sungai akan mengalir ke arah timur atau ke arah barat. Namun, Nil mengalir dari selatan ke utara. Menurut ahli geografi , hal ini demikian kerana, Sungai Nil berada pada garis 3.30 darjah lintang selatan sehingga 31 darjah lintang utara, atau dengan kata lain sungai ini lebih dari 34.5 darjah garis lintang. Oleh sebab itulah arahnya menuju dari selatan ke utara..

Sekitar 5,000 tahun lampau, tamadun manusia muncul di sepanjang Sungai Nil.Panjangnya menjangkau 6,500km dan sekaligus meletakkan ia sebagai sungai terpanjang di dunia.Tamadunnya berkembang lebih 3,000 tahun lebih lama berbanding tamadun-tamadun lain dalam sejarah dunia.Tidak hairanlah sungai yang menganjur di antara benua Afrika dan Timur Tengah ini menyimpan khazanah sejarah lebih 6,000 tahun.

Sungai Nil telah menyaksikan pelbagai peristiwa demi peristiwa penting.Kita tentu telah arif akan peristiwa nabi Musa a.s dihanyutkan ibunya semasa baginda masih bayi.Kala itu, setiap bayi lelaki yang lahir diperintah bunuh oleh Firaun kerana pada tilikan ahli nujum, akan lahir seorang bayi yang suatu hari akan menjatuhkan Firaun.NAmun Allah Maha Kuasa telah menyelamatkan sang bayi sehinggalah ia bergelar Nabi dan Rasul.

Satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Islam yang melibatkan sungai Nil.Kisah ini berlaku pada zaman Khalifah Umar al Khattab r.a
Sejak beribu-ribu tahun dahulu, sungai Nil menjadi sumber rezeki dan nadi pengangkutan Negara Mesir.Tanah deltanya subur untuk bermacam pertanian.Sebelum kedatangan Islam,sungai Nil sering kering apabila tiba bulan Bu’nah (antara Jun-Julai).Bu’nah ialah satu daripada bulan yang digunakan dalam kalendar masyarakat Mesir ketika itu.

Peristiwa sungai Nil menjadi kering menjejaskan kehidupan penduduk.Lalu, mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengatasinya iaitu dengan mengorbankan seorang gadis.Gadis tersebut dihias cantik lalu dilontarkan ke sungai Nil.Upacara korban ini mrenjadi acara tahunan.

Amalan karut ini ternyata jelas ditolak Islam.Justeru, sebaik sahaja kedatangan Amru bin al ‘As ke Mesir membawa panji-panji Islam, beliau mengutuskan surat kepada khalifah Umar memaklumkan amalan jahiliah penduduk Mesir.Khalifah Umar segera memerintahkan Amru menulis sepucuk lagi surat.Surat itu ditujukan khas untuk sungai Nil.

“Daripada hamba Allah Umar Amirul Mukminin kepada Nil Penduduk Mesir..seandainya engkau mengalir sebelum ini dengan kehendak dan urusanmu, maka engkau tidak perlu mengalir, kami tidak berhajat kepadamu.Sebaliknya jika engkau mengalir dengan kehendak dan urusan Allah al-Wahidul Qahhar, maka aku memohon ke hadrat Illahi agar mengalirkan mu”

Sesetengah pendapat lain menyebut khalifah Umar membalas surat Amru al 'As dengan mengirim sebingkis surat khusus untuk sungai Nil.Amru diminta melemparkan surat itu ke dalam sungai Nil sebagai ganti kepada gadis korban.Surat tersebut antara lain berbunyi :

“Wahai sungai Nil, kamu ialah makhluk dari makhluk Allah, maka mengalirlah sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu.”

Sebaik Amru melontarkan surat itu ke sungai, dengan izin Allah mengalirlah air di sungai.Dengan karamah Umar al-Khattab r.a, sungai Nil tidak pernah kering hingga ke hari ini.. Kisah ini sangat masyhur dan ditulis oleh hampir seluruh sejarawan, termasuklah Ibnu Kathir dalam bukunya Al-Bidayah Wan Nihayah.

Secara keseluruhannya, Sungai Nil ini bukan sahaja mempunyai keistimewaan dari aspek geografi malah, ruhhiyyahnya yang taat kepada Allah harus diambil kira. Nil punya sesuatu untuk disumbangkan kepada kesejahteraan alam. Bagaimana pula kita yg diamanahkan sebagai khalifah ?

- SaKura -

No comments:

Post a Comment